Friday 23 March 2012

Fisioterapi Anas

Hari ini jumaat memag rutin Anas pergi fisioterapi. Sebulan 2 kali campur dengan 'Occupational therapy'. Alhamdulillah makin improve Anas walaupun bukan 100% tapi Anas menunjukkan perkembangan yang baik. Ibu memang kena kuat lagi buat fisio Anas di rumah bersama Abang Muadz.

Mula-mula Anas happy je in good mood semua orang dekat fisio tu suka tengok. Aksi Anas mula bila Anas kena paksa berdiri dengan alat fisio tu. Memang nangis non stop sampai cikgu Anas pun xtau nak buat camne. So, lepas ni Ibu kena biasakan Anas banyak berdiri. Next time Ibu ambik gambar Anas ye tadi terlupa.

Baba pun ambik kita dekat Hospital nak hantar Anas dekat rumah mama wan. Abang Muadz pun tanya Ibu Anas dah pergi hospital ye. Then, Abang pun cium Anas. Suka Ibu tengok. Macam tulah beradik-beradik (ayat Abang Muadz) :). memang menghiburkan.

Ibu baru sampai pejabat. Nanti Ibu sambung lagi ye sembang.:)

Thursday 22 March 2012

Akhirnya

Akhirnya setelah menyimpan angan-angan yang sangat lama, Ibu berjaya mencipta blog ini untuk tatapan permata hati Ibu apabila dewasa nanti. Alhamdulillah, credit to Puan Nadiah Misman mengilhamkannya..Ibu harap agar Ibu konsisten mencoretkan 'valuable thoughts' didalam membesarkan kalian khususnya.