Monday 23 December 2013

Ibu sayang Anas..

Ibu sedih sebenarnya..balik kerja ptg td Anas Amini nampak Ibu dekat luar rumah..berlari Anas Amini cari Acik Su nak suruh buka pintu pintu pagar untuk Ibu..Allahuakbar sedih dan sayu hati Ibu tengok Anas td..Memang dah nak mengalir dah airmata Ibu..tapi Ibu tahan sebab kalau Ibu menagis nanti Ibu xboleh nak masak nak buat kerja...skrg ni memang sayu je bila tgk Anas lg2 dah dekat 26 dis..akan cukupla umur Anas 3 tahun..Moga Allah bagi Ibu kuat dan Anas kuat semangat utk belajar duduk boleh berjalan...Amin...



Wednesday 18 December 2013

Masih di sini

Alhamdulillah..Allah masih pinjamkan nyawa Ibu sehingga saat ini. Alhamdulillah..

Rindu untuk menulis macam-macam cerita sepanjang Ibu cuti bersalin. Nantilah ada kesempatan masa Ibu tulis panjang-panjang yer. huhu.. rindu menulis rindu meluahkan rasa hati Ibu pada blog ini..Ibu baru masuk kerja isnin setelah 3 bulan bercuti. sebenarnya seronok cuti jaga anak-anak, jadi ibu sepenuh masa. Bila masuk kerja banyak benda kena buat. semalam Ibu balik kul 8.30 mlm sampai rumah.huhuhu..penattt..Alhamdulillah Muadz, Anas dan Asma' dijaga oleh Acik Su. Kebetulan opah, atuk, achik datang rumah semalam. lega Ibu sebab Baba outstation ke Melaka..
 
Ibu menulis sambil mengepam susu. Alhamdulillah susu masih ada..,moga Allah permudahkan Ibu menyusukan Asma' sampai 2 tahun. Amin..
 
ok..nanti Ibu tulis lagi yer. Ibu nak siap balik jumpa buah hati Ibu..