Friday 20 July 2012

Muhammad Muadz Wajdi

Hari itu, Ibu saja tunjuk gambar adik Anas dalam blog ni. Tetiba Abang Muadz cakap tak de pun gambar Muadz. Ibu xletak pun. Cian Ibu dengar. Maaf ye Abang Muadz.. Ibu terlupa nak cite pasal anak ibu yang sorang ini..heheh.

Hari ini Ibu buat dedikasi untuk Abang Muadz tau. Cepat masa berlalu. Abang Muadz sekarang dah 3 tahun 7 bulan..Ibu xsangka anak Ibu ni dah besar..Alhamdulillah, Terima kasih Ya Allah atas anugerahMu ini.

Sekarang ini Abang Muadz memang banyak cakap. Lepas tu gaya bahasa pun macam ayat orang dah besar.  Ini la besarnye pengaruh tv pada budak2. huhuh..Memang lepas balik kerja tu, xkering gusi dengar Abang Muadz bercerita kan. Abang Muadz dah pandai baca surat 'daripada Baba' (ayat Abang Muadz konon nak bagi surat dekat Baba la tu..hehehhe) dengan ayat yang direka khas sendiri kan.hehehe. Hari tu, Abang Muadz cakap dalam surat kepada Baba tu, kena makan makanan yang berkhasiat. Banyak-banyak bagi sihat. Apa lagi tergelak besar Ibu dengar kan. 

Anak-anak penyeri rumah. Hilang terus rasa penat dengar telatah, celoteh 'ahli syurga ini'.


Dengan gaya ultraman max dia:)


Ini gaya orang mengantuk tapi tahan mata:)



Sempat posing lagi tu masa makan..heheeh


Muadz dengan cermin mata Ibu...memang nampak besar..hehehehe


Senyum malu try baju raya.hehehehe
Kantoi Ibu kain dekat belakang tu..heheeh


Ni dah happy nak try baju sambil tag harga pun xbuka lagi.hahahah


Peace sambil naik basikal..


Ibu sayang Muadz...

Moga Abang Muadz membesar sebagai anak yang soleh...:)

Pesta Beribadah

20 Julai 2012

Pesta beribadah di bulan yang berkat bermula malam ni. Masjid, surau akan dipenuhi dengan Muslimin yang ingin solat berjemaah sekaligus menunaikan solat tarawih bersama-sama. Suasana yang sangat indah. Malah hari ini ada Umat Islam di negara lain sudah berpuasa. Mesti Mak Long dengan Pak Long sudah mula berpuasa hari ini. Suasana dekat Mekah mesti lagi meriah, terasa semua orang berlumba-lumba beramal ibadat. Opah pernah cakap dengan Ibu, memang suasana yang sanagt berbeza dengan sini. Jadi, untuk rasa semua itu kita semua perlu wujudkan sendiri suasana 'pesta beribadah' tu dalam keluarga kita sendiri. Malam  esok kita semua nak g KLIA kan abang Muadz. Sambut Mak Long dengan Pak Long. Kita pergi sama-sama dengan atok, opah kan..hehhee..Baru hari jumaat kita dah fikirkan esok kan. Ini lah manusia.

Malam ni semua orang akan bersahur. Nabi Muhammad SAW juga mengajak umatnya supaya cepat berbuka dan lambatkan sahur. Semua ini banyak faedahnya. Semalam Ibu tengok Forum Perdana dekat  tv. Tajuk dia 'Marhaban Ramadhan'. Memang sangat-sangat berfaedah. Ibu paling tertarik dengar Dr. Zulkifli Al-Bakri. Orang ye berhemah dan lembut tutur katanya. Setiap kata yang keluar dari mulutnya semuanya bersandar ayat quran, hadith. pendek kata, memang sangat tinggi ilmu Dr ni. Ibu ingat Dr kata ulama' menghuraikan maksud Ramadhan (di eja jawi). Ibu ingat Rahmat, Maghfirah (Keampunan dari Allah) yang lagi 3 huruf jawi tu Ibu xberapa ingat sangat.. Cuma nak kata bulan Ramadhan ni memang pesta beribadah...

Moga kita dapat meningkatkan amal ibadah padaNYA di bulan yang penuh barakah ini. Biarlah Ramadhan kali ini benar-benar berbeza dalam ramadhan yang lalu..

Thursday 19 July 2012

19 Julai 2012

Ibu rasa penat sangat hari ini. Dari pagi pukul 9 hingga 4.15 petang hadiri perbincangan beramai-ramai. Aduhai, sakit kepala bila kita kena banyak pandang skrin PC, fikir then imagine pastu komen apa yang perlu diperbaiki.. Huh...memang sangat penat lagi-lagi dengan menghidu bau-bauan yang memeningkan. Boleh nak pakai perfume tapi agak-agak la kan. Jangan la dekat sebotol disembur. Huhu.. Kita ni kena jaga sensitiviti orang sekeliling kita sama kan..Alangkah indahnya bila kita dapat peka dengan keadaan sekeliling kita. Pesanan untuk diriku jua.:)

Alhamdulillah Ibu selamat sampai bilik..Terus xbersemangat nak buat kerja dengan sia masa yang terakhir ni kan. Apa lagi berblog la seketika..ehehehe

Ramadhan bakal tiba dengan penuh rahmat dariNYA. Cuaca sekarang pun seakan mengiringi bulan yang penuh keberkatan ini. Terasa suasana yang sangat damai je dengan hujan rahmat yang turun di mana jua. Banyak yang Ibu nak buat dalam bulan ni. 

Ini checklist untuk diri Ibu untuk perbaiki diri menjadi hambaNYA yang lebih beriman dan bertaqwa;
1. Solat di awal waktu.
2. Puasa penuh (jika diizinkanNYA)
3. Tunaikan solat tarawih sepanjang bulan ramadhan.
4. Khatam al-quran ( Ini perkara yang jarang dapat dilakukan). InsyaAllah.
5. Memperbanyakkan amalan sunat...
6. Masak selalu ( ini yang selalu tewas, ni yang kena perbaiki)

Ya Allah, sampaikan ku ke Ramadhan kali ini. Mudahkan ku menghayati dan beramal dengan bulanMU ini yang penuh rahmat dan keberkatan.. Ameen...


SELAMAT MENYAMBUT RAMADHAN KAREEMMM KEPADA TEMAN-TEMAN...

MOGA ALLAH MENERIMA AMAL IBADAT KITA. AMEENNN

Wednesday 18 July 2012

17 Julai 2012

InsyaAllah jika ada rezekiku di sana, pasti ku akan kembali..Mudah-mudahan 'pekhabaran' yang diterima tersebut menjadi kenyataan...Ameennnn...



Seminar Celik Momz

14 Julai 2012
Putrajaya 

Alhamdulillah, Ibu berjaya jua join Seminar Prof Dr Muhaya bersama Kak Nad dan Ibu-ibu berinspirasi yang lain. Ini kira pengalaman pertama Ibu berseminar. Memang sangat best. Rasa tersentuh jiwa dengan seminar ni. Dimulakan dengan alunan ayat al-quran yg sangat memberi ketenangan dan kedamaian pada jiwa yang tandus bimbingan dariNya.

Prof mulakan slot refleksi diri dengan menunjukkan video asal usul kejadian kita dalam alam rahim. Subhanallah. Indahnya ciptaan Yang Maha Esa sejak dari alam ruh hingga kita dilahirkan. Panjatkan kesyukuran kita padaNYA.

Prof ada juga bergilir-gilir dengan anaknya Dr Atiah dalam menyampaikan mutiara ilmu pada Ibu dan yang lain. Ibu xdapat nak tulis semua. InsyaAllah Ibu akan praktikkan tau..hehehe.

Prof memang menekankan konsep kebergantungan pada Allah untuk segala ujian. Maksudnya bila kita bergantung sepenuhnya padaNYA InsyaAllah yang lain pasti mudah. Ini semua terbukti bila Ibu dengar respons dari Ibu-ibu yang sangat berinspirasi yang datang seminar hari tu. Macam Prof cakap, Ingat anak kita adalah ladang pahala untuk kita masuk ke syurga. Sama macam kita jaga anak yang istimewa ingat setiap waktu dan saat kita jaga, angkat, bagi makan dekat dia, setiap satu perbuatan ada ganjaran pahala. Allah..Allah..Jangan sesekali mengeluh, malah kita kena kuat semangat bahawa setiap satu amal yang kita buat untuk besarkan anak, ada pahala. Bila Ibu dengar kan, airmata memang berderai dah. Ibu memang sebak sangat bila cakap pasal anak ni. Fikiran Ibu memang tertumpu la Anas je..Bukan Ibu xingat Abang Muadz, cuma Ibu sayu tengok Anas kan. InsyaAllah, Adik Anas jangan risau tau, Ibu memang sangat berinspirasi sekarang ni untuk jaga Adik Anas dengan Abang Muadz selagi hayat Ibu dikandung badan.

Andai kita dapat tengok 'nilai pahala' tu, mesti Ibu sangat nak berlumba-lumba merebut pahala tu kan. Pesanan lain Prof cakap 'jangan marah anak' (1-7 tahun) kita sebab mereka adalah ahli syurga. Sanggup ke kita marah, tengking, herdik Ahli syurga?  Memang sangat berbekas di hati..Ya Allah.... Berilah kekuatan pada kami Ibu-ibu di luar ini untuk menjalankan tanggungjawab sebagai Ibu dengan lebih bertanggungjawab.


Ibu sangat2 berharap agar Ibu menjadi Ibu yang Celik.
C- Creative   
E- Efficient
L- Loving
I-  Innovative
K- Knowlegable

Kata-kata yang seharusnya menjadi ayat motivasi pada kita bila dilanda ujian@ masalah.

Ilahi Kau yang kutuju..
RedhaMu yang kucari..
Kurniakan ku sifat pemurah dan penyayangMU..
Ya Allah, berilah ku mengenalMU..


Sehari bersama Kak Nad:)

Friday 13 July 2012

12 Julai 2012

Ibu cuti lagi. Rasanye Ibu macam banyak cuti je sekarang. tapi best jugak kan dapat bersama-sama Abang Muadz dengan Adik Anas kan.:) Semalam kita semua pergi hantar Mak Long dekat KLIA kan. Awal subuh kita dah gerak sebab Ibu xsempat nak tidor rumah Atok semalam. Mak Long dengan Pak Long nak pergi Umrah. Macam Abang Muadz cakap nak pergi Mekah. Seronok tengok diorang pergi. Aqilah, Afiqah dan Zaiem semua tinggal dengan Opah dan Atok. InsyaAllah diorg semua baik-baik belaka. Nanti weekend Abang Muadz dengan Adik Anas datang kan rumah opah main dengan diorang. Ibu kagum tengok Kakak Afiqah, Aqilah semua xnangis semalam kan. Anak-anak ini faham Ummi dengan Abah nak pergi beribadat. Inilah Kuasa Yang Maha Esa.

Alhamdulillah pagi tadi Atok call Ibu cakap Mak Long dengan Pak Long dah sampai Madinah jam 3.30 petang waktu sana. dekat Malaysia jam 8 lebih. Moga Mak Long dengan Pak Long beroleh umrah maqbulallah. Insyaallah.

Teringat Ibu tanggal 3 Jun 2011 yang lalu, telah genap setahun Ibu dengan Baba ke sana. Masa itu Abang baru 2 tahun lebih, adik pula 5 bulan lebih. Memang sayu tinggalkan anak. Alhamdulillah sampai dekat sana, memang sangat tenang. InsyaAllah nanti Ibu dengan Baba bawa anak-anak Ibu pulak kan. Ya Allah murahkan rezeki kami untuk beribadat ke rumahMU dan menziarahi KekasihMu lagi Ya Allah.

Lepas selesai Mak Long dan Pak Long check in, kita semua balik rumah Atok. Abang Muadz seronok sangat main dengan kakak Aqilah, Afiqah. Adik Anas pula dok main dengan Zaiem sampai akhirnya tertidor. Cuma Abang Muadz dengan Kakak Afiqah yang masih tahan bermain.hehheeheh


Masa ini Muadz bergambar dengan Kakak Aqilah dan Afiqah. (Raya tahun lepas:)

Lepas lunch, kita balik sebab Wak telefon ada orang nak pasang kabinet dapur. Huhuhu. Xboleh Ibu nak duduk lama rumah opah kan. Macam tahu je Ibu dengan Baba cuti. Tapi bagus jugak. selesai banyak perkara:)

Kebetulan dah Ibu cuti, Ibu pun bawa Adik Anas pergi klinik untuk cucuk setahun enam bulan. Kalau ikut jadual 24 julai ni. Mujur nurse tu bagi je walk in. Alhamdulillah. Masa nak cucuk tu macam biasa Ibu pangku Adik Anas macam nak menyusu, nurse pulak masukkan ubat dalam jarum. Anas boleh pandang je jarum tu. Masa Nurse nak cucuk dia keraskan kaki sekejap. Anas xnangis. Nurse pun cakap bagus Anas ni. Kuat semangat dia cakap dekat Adik Anas. Alhamdulillah kan dik. Anas Ibu ni memang kuat semangat.

Lapang dada bila semua urusan kita dapat selesaikan masa Ibu cuti ni. Alhamdulillah.

Moga Allah sentiasa merahmati dan memberkati kiat semua :) Ameen..

Tuesday 10 July 2012

6 Julai 2012

Hari ini Ibu cuti sebab rutin Anas untuk fisio dan OT.Alhamdulillah Ibu dapat parking sebab dah serik sebelum ini appointment kul 9 parking full so kena saman. (puncanya salah parking). Saman hari tu pun Ibu dah berjaya bayor terbang rm150. Huhu. Pengajaran untuk Ibu kan dik.

Sambil Anas tunggu Cikgu OT yang baru sampai, Ibu pun masukkan Anas dalam kolam bola. Anas semakin suka. Walaupun masa mula-mula diperkenalkan oleh Cikgu Laili dengan kolam bola tu suara Anas yang kuat menangis sampai dekat kaunter pun dengar. Sekarang ni bila Ibu tengok Anas suka, Ibu pun gembira sama.:)


Bestla Ibu Anas masuk dalam ni:)


Ini gambar yang Abang Muadz edit dik. Pandai anak Ibu kan.

Hari ini Anas belajar untuk duduk sambil tangan main mainan. Kepala adik Anas masih xkuat sangat tapi alhamdulillah semakin meningkat dari dulu lagi susah nak angkat kan. Tangan Anas pun dah semakin terbuka dan cepat sangat nak capai barang. Sekarang Anas belajar nak ambil barang dengan betul. Ibu bersyukur sangat peningkatan Anas ni. Next visit Anas 10 Ogos 2012. Nanti cikgu cakap nak buat 'splint hand' sebab kadang-kadang tangan Anas suka genggam. Ibu pun xtau apa la splint hand tuh. Cikgu Anas cakap splint tu untuk bagi tangan Anas sentiasa terbuka dan kurang tutup. Nanti bila Anas pakai tu Ibu ambil gambar tau. InsyaAllah lepas ni Anas akan makin sihat kan dik.

Bila Ibu google 'splint hand' selalu dikaitkan dengan 'cerebral palsy'. CP ini selalu dikaitkan juga dengan 'lemas' semasa dilahirkan. Sebenarnya Ibu takut sangat dengan perkataan CP ni dik. Ibu berdoa sangat agar Anas tidak termasuk dalam keadaan CP ni. So far yang Ibu pergi jumpa paeds, fisio diorang xpernah pun CP ini dekat Anas.Ya Allah lindungilah anakku Muhammad Anas Amini. 

Lepas Anas buat OT, cikgu suruh Anas tunggu sebab nak bagi Abang Habib ni ada kawan. Kalau tak mesti dia menangis kuat. So, Ibu pun tunggu la dulu sebab dah Ibu pun cuti dan fisio kul 10 pulak. Anas masuk lagi dalam kolam bola tu, Abang Habib ini punyalah excited suka tengok Anas main dalam tu. Ibu tengok Abang Habib ni memang tersentak hati, dengan keadaan dia nak bangun pun xboleh lagi. Mak Habib cakap tangan kanan dia dah semakin aktif. Dia tanya Anas ni CP ke? tak nampak macam CP je? Mula-mula dengar agak terkejut gak soalan tu sebab xpernah orang tanya Ibu macam tu sebelum ini. Lepas itu, Ibu pun bersembang dengan Mak Abang Habib ni dik. Mak Habib ini bercerita dia pernah dapat offer kerja government then mulalah episod mencari pengasuh untuk Habib dan bersedia bayar lebih. Tapi yang sedih dia xjumpa pun pengasuh and end up jadi suri rumah. Ya Allah, sedih ye Ibu dengar. Allah tahu yang terbaik untk hambaNYA. Jauh disudut hati Ibu berdoa agar Allah beri kekuatan dan sembuhkan dan sihatkan Habib. Ameen.

Habis OT Anas pun pergi fisio. Rutin yang xjauh beza dengan OT. Kadang-kadang Ibu pun confuse gak fisio dengan OT ni. Ibu lebih prefer Anas pergi OT sebab tumpuan untuk Anas seorang. Semua orang dah balik tinggal Anas yang terakhir datang. Maaf ye dik sebab Ibu sekalikan rutin Ot dengan fisio Anas jadi lambat sikit dan semua kawan dah balik. 

Kadang-kadang Ibu suka bandingkan perkembangan Anas dengan kawan-kawan seusianya. Bukan niat Ibu untuk membezakan Anas cuba Ibu nak tahu dengan usia Anas 1 tahun 6 bulan apa yang sepatutnya Anas dah boleh buat. Memang kadang-kadang tu rasa sedih, sayu bila Ibu tengok sepupu Anas (yang lebih muda daripada Anas), Zaim dengan Fathi dah boleh duduk dan melangkah setapak, hati kecil Ibu memang sangat-sangat tersentuh.Ibu tahu Anas memang sangat bersungguh-sungguh masa Ibu ajar duduk, berjalan sampai Ibu boleh dengar suara Anas tu yang bersungguh-sungguh tu. Ibu tahu anak Ibu memang kuat semangat kan. Anas jgan putus asa tau.

Ya Allah, berikanlah kekuatan pada anakku Muhammad Anas Amini untuk duduk berjalan dan membesar seperti kawan yang seusia dengannya. Ameenn:)