Friday 20 July 2012

Pesta Beribadah

20 Julai 2012

Pesta beribadah di bulan yang berkat bermula malam ni. Masjid, surau akan dipenuhi dengan Muslimin yang ingin solat berjemaah sekaligus menunaikan solat tarawih bersama-sama. Suasana yang sangat indah. Malah hari ini ada Umat Islam di negara lain sudah berpuasa. Mesti Mak Long dengan Pak Long sudah mula berpuasa hari ini. Suasana dekat Mekah mesti lagi meriah, terasa semua orang berlumba-lumba beramal ibadat. Opah pernah cakap dengan Ibu, memang suasana yang sanagt berbeza dengan sini. Jadi, untuk rasa semua itu kita semua perlu wujudkan sendiri suasana 'pesta beribadah' tu dalam keluarga kita sendiri. Malam  esok kita semua nak g KLIA kan abang Muadz. Sambut Mak Long dengan Pak Long. Kita pergi sama-sama dengan atok, opah kan..hehhee..Baru hari jumaat kita dah fikirkan esok kan. Ini lah manusia.

Malam ni semua orang akan bersahur. Nabi Muhammad SAW juga mengajak umatnya supaya cepat berbuka dan lambatkan sahur. Semua ini banyak faedahnya. Semalam Ibu tengok Forum Perdana dekat  tv. Tajuk dia 'Marhaban Ramadhan'. Memang sangat-sangat berfaedah. Ibu paling tertarik dengar Dr. Zulkifli Al-Bakri. Orang ye berhemah dan lembut tutur katanya. Setiap kata yang keluar dari mulutnya semuanya bersandar ayat quran, hadith. pendek kata, memang sangat tinggi ilmu Dr ni. Ibu ingat Dr kata ulama' menghuraikan maksud Ramadhan (di eja jawi). Ibu ingat Rahmat, Maghfirah (Keampunan dari Allah) yang lagi 3 huruf jawi tu Ibu xberapa ingat sangat.. Cuma nak kata bulan Ramadhan ni memang pesta beribadah...

Moga kita dapat meningkatkan amal ibadah padaNYA di bulan yang penuh barakah ini. Biarlah Ramadhan kali ini benar-benar berbeza dalam ramadhan yang lalu..

No comments:

Post a Comment