Monday 7 May 2012

Anas dan Occupational Therapy

24 April 2012

Ibu cuti 27 April hari tu sebab Anas ada 'occupational therapy' atau dalam bahasa malaysia pemulihan cara kerja. Tu yang Cikgu Laili bagitahu Ibu masa mula-mula Anas kena join OT ni. So,lepas dah register Ibu pun terus ke OT tu. Anas mula-mula nampak biasa je. Lepas Cikgu start je, apalagi mula la Anas menangis. Memang Ibu sedih gak dengar tapi saja Ibu xnak ambik Anas kalo x nanti Anas xbuat dah OT tu. Sayu Ibu tengok Anas. Insyaallah Anas akan cepat belajar kan. Tapi dik lambat sikit dengan kawan2 yang lain. Tapi Ibu percaya InsyaAllah Anas boleh berjalan, berlari macam kawan2 Anas yang lain kan. Ameennn..


Tengok Anas menangis, lagi Ibu sedih..


Inilah Cikgu Anas..Cikgu Laili..


Bila Anas kena belajar dengan cikgu jer mesti selalu nangis. Selalu nak Ibu ambik kan supaya Anas xkena buat OT lagi kan. Sabar je dik, Ibu tau Anas kuat. Masa ni eczema Anas makin teruk. Ibu dah cuba macam2 dik, orang kata Doktor tu elok, Doktor kulit yang bagus la semua Ibu dah bawa Anas pergi. Ibu faham mungkin Anas ambik masa cikit nak jumpa ubat yang serasi kan. InsyaAllah. Semua penyakit kan ada ubatnya. Kita kena yakin kan dik..:)


Alhamdulillah, bila Ibu tengok Anas selalu pergi fisioterapi dengan OT ni banyak la peningkatannya. Itu Ibu xboleh nafikan. Xpe kan Anas, jangan risau yer. Ibu, Baba dengan Abang Muadz akan selalu encourage dan sama-sama bantu Anas nak bagi lagi sihat. InsyaAllah..


Lepas dah habis OT dalam pukul 11, Anas terus pergi jumpa Paeds. Sebenarnya appointment Anas petang, tapi Ibu terus je jumpa, biasala tunggu cikit. Anas jumpa dengan Dr Eugene. Dr ini dengan team dia yang ada masa mula-mula Anas baru lahir, yang tau masalah Anas lepas lahir sampai Anas masuk NICU. Teringat2 lagi masa tu dik. Allah je tau kan. 


Masa jumpa dia, berat Anas makin naik la 8.5kg dan tinggi Ibu xingat. hehe. Alhamdulillah xdrop atau mendatar. Bagusla Dr cakap makin naik cuma kena lebih pertingkatkan. Then, Ibu pun tanya macam mana Anas boleh berjalan ke etc. Masa itu Ibu dengan Baba bawa Abang Muadz sekali. Inilah part yang hati kecil Ibu memang tersentak..huhu


Dr pun cakap mak xboleh expect Anas normal macam abang dia. Mungkin kalo berjalan pun paling worst pakai tongkat. Aduhhh, memang berair mata Ibu dik. Xboleh nak cakap apa2. Terus Ibu berdetik dalam hati Kita ada Allah dik. Semua kehendak DIA. InsyaAllah..Then Dr cakap kena rajin pergi fisioterapi dengan OT. So, bila dia ada rutin macam tu, boleh develop la. Ibu tanya Anas kena buat apa-apa neurology test ke etc. Saja Ibu nak tahu kebetulan dulu Cikgu OT ada sebut. Dr pun cakap boleh buat MRI tapi kena tunggu appointment la dekat HS. At least Ibu boleh tau ada masalah ke tak kan Anas..


Bila dah habis jumpa Dr memang Ibu sedih teringat2 apa Dr cakap. Ibu pun sms KN ni.'sedihla dengar Dr cakap dkt Anas td'. Itu je. Ibu xangkat pun telefon pastu biasala kan. Masih sedihhhh.. Bila dah balik rumah Ibu rasa dah boleh rasional cikit. Dr belajar dan dia cakap dengan ilmu perubatan yang ada pada dia. Tapi Dr xboleh lawan kuasa ALLAH kan. Dr xnak Ibu dengan Baba harap lebih2, Ibu faham sebab benda-benda macam ni Ibu dah rasa masa Anas lahir kan. Dr nak kita expect for the worst supaya kita xbagi apa-apa expectation kan. Xpe Ibu dengan Baba pun faham. Anas jangan susah hati ye, InsyaAllah selagi hayat dikandung badan Ibu dengan Baba akan sentiasa bersama Anas. Ameen..


Ini sekadar luahan rasa seorang Ibu je Anas kan. Cuma nanti bila Anas dah besar, Anas dah sihat boleh la Anas baca blog Ibu ni cerita masa Anas kecik. Anas akan lebih faham dan sentiasa bersyukur atas nikmat dari NYA. 


Ibu suka merenung maksud Firman Allah dalam Surah Al-Ankabut: ayat 2-3

“Patutkah manusia menyangka bahawa mereka akan dibiarkan dengan hanya berkata: “Kami beriman”, sedang mereka tidak diuji (dengan sesuatu cubaan)? Dan demi sesungguhnya! Kami telah menguji orang-orang yang terdahulu daripada mereka, maka (dengan ujian yang demikian), nyata apa yang diketahui Allah tentang orang-orang yang sebenar-benarnya beriman, dan nyata pula apa yang diketahuiNya tentang orang-orang yang berdusta.


Kadang-kadang Ibu terfikir ujian dari NYA sangat mendewasakan diri kita dik. DIAlah tempat penggantungan yang sebenar-benarnya. Tiada yang lebih berkuasa selain DIA. Jadi, bila kita selalu fikir macam ni xde siapa yang malang atau tidak bernasib baik di dunia ni sebab Allah sangat sayang kepada hambaNYA  yang beriman. Moga kita tergolong dikalangan hambaNYA yang soleh. Ameeeennnnnn.:)