Thursday 13 September 2012

Terapi Anas

Masa bulan puasa baru ni Ibu saja google pasal terapi Anas. Saja je Ibu nak tau cara@ kaedah@ tempat lain untuk terapi Anas. Lepas tu, Ibu terjumpa satu blog http://yongnoina.blogspot.com/ ini, memang sangat membantu. Perasaan jadi Ibu memang susah digambarkan lagi2 bila anak xsihat, memang hati Ibu ijni Allah je yang tahu. Bila Ibu baca blog Aunty Ina ini memang sangat tabah orang yer. Anmasa ak dia Nabila, cute sangat sebaya abang Muadz..Siap Ibu add dan pm dia untuk call Aunty Ina nak tahu pasal terapi Dr. Sham.

Alhamdulillah, xlama tu Ibu dapat nombor dan Ibu saling berhubung dengan Aunty Ina. Alhamdulillah, Aunty Ina pun add Ibu masuh group 'SuperMum and SuperDad' dalam facebook..Banyak Ibu tahu cerita Ibu dan Ayah yang tabah menghadapi dan membesarkan anak2 ahli syurga ini dengan penuh kasih sayang..Subhanallah..

Bila dah call, rupa2nya Nabila ini anak Aunty Ina. Dr cakap HIE Stage 3. Anas Dr ckp Stage 2. Ibu pun xnak tahu apa maksudyer. Biarla kategori yg Dr bagtahu tu. Cukuplah, setakat itu, Ibu xnak tahu yang lebih..Aunty Ina cerita yang Nabila ini xberapa nampak tp alhamdulillah sekarang ada peningkatan dan dah mula tunjukkan respon pada cahaya. Allahuakbar ujianMU pada hamba ini sangatlah kecil berbanding orang lain. Aunty Ina kerja dekat Arkib Negara, memang dekat sangat dengan tempat kerja lama Ibu. dan Allah ketemukan Ibu dengan Aunty Ina masa Ibu dekat tempat kerja baru ini. Inilah ketentuan dariNYA..Logik akal kita cakap kalaulah Ibu jumpa Aunty Ina masa dekat tempat lama Ibu mesti banyak yang Ibu boleh kongsi dengan Aunty Ina..Inilah yang xsepatutnya terlintas di hati kita. Allahuakbar...Terima kasih Ya Allah.

So, Ibu pun call Klinik Terapi Dr Sham untuk aturkan temujanji untuk Adik Anas. Alhamdulillah, semua dipermudahkan. Tanggal 11 Ogos 2012 Ibu, Baba dengan Abang Muadz memang keluar awal untuk cari klinik tu dekat Plaza Pekeliling, Jalan Tun Razak. Alhamdulillah, Dr. Sham sangat membantu dan dia pegang Anas. Dr. Sham cakap mana you sembunyi sebelum ni. Ibu pun cakap saya xtau klinik Dr ni. Ibu tahu pun dr blog dengan facebook. So, Dr pun cakap you dah wasting 1 tahun 7 bulan dah masa sebelum ini. Memang bergenang dik Ibu dengar..Xpe, Dr. Sham akan ajar basic exercise tuk Adik Anas. Memang totally beza dengan terapi dekat hospital.

Hati Ibu yang sangat tersentuh dan terusik bila Adik Anas buat terapi tu dengan nangis2 lagi. Aduhai...Allah je yang mengetahui segalanya..Mula2 Dr Sham ajar patterning..terkial2 gak Ibu nak fhm dik..pastu ajar hanging Anas dgn bola terapi..ibu pun dah beli bola terapi untuk Anas tu.pastu masking suruh Anas bernafas dlm plastik dalam seminit.mmg kalo org tgk mcm kejam dik, niat Ibu nk stimulate Anas..Sebenarnya Ibu ada ambik video tuk semua terapi yang adik Anas buat tu tapi payah sangat nak update dgn Ibu yang xberapa reti ni. InsyaAllah Ibu ingat dan kalau lupa nanti Ibu tengok balik eh video tu dik.

Dr Sham suruh datang lagi 12 Ogos (Ahad) sebab masa raya nanti dia nak fly g Australia tengok anak dia yang ambik fisioterapi jugak. Masa ni lagi banyak benda Dr Sham ajar. Suruh stimulate Anas dengan ais la, bagi ajar pegang barang. Masa ini memang lagi kuat Anas menangis dari semalam punya terapi. Alhamdulillah. So, skrg ni Ibu memang kena consistent tuk buat terapi Anas dekat rumah nnti. InsyaAllah, Mg Allah beri kekuatan pada Ibu dan Baba untuk teruskan terapi Anas lagi.

Alhamdulillah, Ibu akui memang Anas agak delay development dengan rakan seusia dia yang sudah menjangkau 1 tahun 9 bulan. Itu hakikat yang Ibu kena admit.

Rancangan Majalah TV3 (lupa la siaran bila) yang story pasal 'anak-anak ahli syurga' memang bagi banyak kesedaran pada Ibu dengan Baba.Bila tengok reaksi @ penerimaan Ibu dengan Ayah anak-anak tu memang sangat bagus wpun diorg non muslim. Lagi buat Ibu dengan Baba celik mata dan minda. Ibu ingat one of them ada cakap, cukuplah kalau anak saya dapat menunjukkan perkembangan atau dalam kata lain anak dia develop dari sehari ke sehari pun dia dah sangat bersyukur. Allahu Akbar..Semangat ini yang Ibu dengan Baba kena ada untuk besarkan dan stimulate Adik Anas kan. InsyaAlllah, ku rindukan pimpinanMu..

Alhamdulillah, Adik Anas memang sangat faham bila Ibu ke Baba atau orang lain cakap dengan Adik Anas kan. contohnya, bila Adik Anas menyusu then Ibu cakap sudah sudah..Adik main dengan Abang Muadz eh, then Adik Anas pun terus lepaskan menyusu. Alhamdulillah..

Bila Ibu ajar adik Anas mana mata, hidung etc Adik dah pandai tunjuk.Memang Ibu sangat2 bersyukur..Lagi2 bila Ibu dengan Abang Muadz baca doa@ mengaji, Adik Anas akan ikut Ibu cakap dengan gaya dan bahasa adik tapi Ibu faham sebenarnya Adik Anas memang tengah ikut Ibu mengaji @ baca doa kan. Alhamdulillah. Sekarang ini Ibu memang kena stimulate adik Anas tuk kuatkan tangan bagi boleh tahan@ tongkat tangan lama dari biasa. Adik Anas pun dah banyak gunakan tangan menggenggam barang, ambik barang. So, Adik Anas dah faham macam mana nak guna tangan dengan betol. Cuma adalah sesekali tangan Adik Anas xnak lurus. Ibu kena tegakkan tangan Adik Anas. So, key word untuk Adik Anas ini kena kerap bercakap, stimula adik Anas kan. InsyaAllah ye dik, kitaBukanlah niat Ibu cerita nak cakap Adik Anas dah ok sepenuhnya, alhamdulillah Anas dah banyak peningkatan.

Macam wekend baru ini, Ibu buat masking dekat adik Anas tuk bernafas dalam plastik dalam masa seminit. Memang mula2 adik menangis tapi bila Ibu buat seterusnya Adik Anas dah mula faham..Kurang dah menangis..

Tadi Ibu call Miss Karen tuk book appointment fisioterapi Anas Sabtu ni. InsyaAllah nnti kt pergi sama-sama ye dik. Sebab ini jugakla Ibu dapat excuse dari boss untuk join family day..Moga Ibu, Baba dan Abang Muadz akan sama-sama stimute adik Anas untuk terus kuat dan boleh duduk, berjalan dan bermain dengan Abang Muadz kan. Ameeennnn:)
 
 

Tuesday 11 September 2012

Sabar itu Indah

Marah itu Mudah..

(Ustaz Zahazan dalam Ikim.fm)

Monday 10 September 2012

Hari ini

Lamaye Ibu xupdate dalam blog ni. Sebenarnya banyak benda Ibu nak cerita. Pasal pindah rumah, terapi Anas yang baru dengan Dr. Sham dll..Nanti la bila ada masa terluang Ibu update eh..

Hari ini sebenarnye Ibu penat sangat la. Baba pergi Sabah dari Ahad sampai Rabu. Alhamdulillah Mak dengan Achik teman Ibu, Abang Muadz dan Adik Anas dekat rumah kita yang jauh gak tuh..huuhu. Pagi tadi, Anas dah jaga masa Ibu nak pergi kerja. Sempatlah Anas menyusu sebelum Ibu gerak. Tetiba Abang Muadz bangun cakap nak pergi beli air macam petang semalam. Hah sudah..mana nak g kedai pagi2 ni. Ibu pun xbiasa lg dengan kawasan baru ni..Ibu pun kuatkan semangat wat xdengar dia menangis lepas bagi barang untuk pujuk dia, Ibu pun masuk kereta terus..Apalagi menangis la dia. Anas ok..rilek je, abang Muadz je terlebih sudah..

Then, dalam perjalanan hujan lebat pulak. Memang berhati2 la Ibu bawa kereta Baba. Risau kan kereta orang..Sampai opis tidor jap pastu kena prepare tuk mesyuarat unit..Tetiba cable LCD dalam bilik meeting tu xde, penat la cr dengan orang.Rupa2nya ada adik ni terambil masa meetng last friday. Dia ada kursus dekat Bangi, so bergegas balik opis dekat kul 945 br sampai. Part yg best dah pasang xleh connect dgn laptop lak. Aduhai..banyakye dosa Ibu nih.memang dah serabut. Jumpa bos ckp lambat ckit meetng..tetiba bos masuk dan terus proceed dengan hardcopy akta tu. Ibu yg present, memang masaklah kena..memang sangat serabut. Yelah sebelum ini cakap lain masa keje sebelum ni, tetiba untuk keje baru ni cara lain lak.. Aduhaiiiii...rasa mcam nak quit je..Ibu memang sangat serabut lg smpi sekrang ni..

Masa lunch ni Ibu tulis jap nak bagi release ckit.xpelah, asam garam kan kerja. mana ada yg mudah semua ada laluan dia kan..Ibu harap lepas lunch ni boleh buat kerja balik macam biasa lah. InsyaAllah, Ku pohon padaMu jua lapangkan fikiranku Ya Allah :)

Ibu nak rehat jap..Mg Ibu ada kesempatan untuk update cerita anak-anak Ibu lepas ni...