Monday 27 May 2013

Kadang-kadang kita payah nak terima hakikat. Mulut cakap kena redha tapi hati merintih..Ya Allah, kurniakan kesabaran kepadaku..
 
 
Sekarang ni Ibu dah masuk 6 bulan. Alhamdulillah, 'adik' makin aktif berbeza dengan Abang Muadz dengan Abang Anas..Ibu tahu 'adik' turut aktif sebab Abang Muadz dengan Abang Anas masing-masing aktif..Alhamdulillah, terima kasih ya Allah. Ibu rasa pengalaman mengandung kali ni sangat mencabar. 'adik' bertahan dengan Ibu ye:)
 
 
Ibu selalu sangat terasa penat lagi2 penat dengan keje..Tadi baru dapat e-mel ckp Ibu termasuk dalam projek baru pulak. Ya Allah, banyak sangat dah Ibu terlibat. Kadang-kadang keje ni, ada yg masih selamat just buat keje cukup bulan dapat gaji dah. tu je..Ada juga, keje + keje lain + mesyuarat macam2 then cukup bulan dapat gaji. Ibu bukan jeles dengan orang yg free ni cuma kalau boleh biarlah pembahagian keja di buat sama rata sedangkan gaji still sama..
 
 
Ibu kena belajar mulai sekarang ni, terima dengan hati terbuka untuk terima apa sekalipun.
 
Moga Ibu sentiasa dipandu oleh NYA..
 
Renungan buat Ibu yang makin alpa..
Tiada daya dan tiada kekuatan melainkan dengan (pertolongan) Allah SWT.
 
 
Rasulullah SAW bersabda: "Siapa yang mengucapkan La Haula Wala Quwwata illa billahi,  maka ia akan menjadi ubat kepada 99 penyakit. Yang paling ringan adalah kebimbangan.
(Hadis Riwayat Tabrani)
 
 
 


Wednesday 22 May 2013

Luahan rasa

Sekarang jam 1.15 petang..Ibu baru lepas beli makanan dekat cafe opis. Sebenarnya hari demi hari Ibu semakin pening dan semakin penat dengan kerja di pejabat. Rasanya memang xlarat je nak kerja. Ikut hati Ibu nak cuti je.huhuh. Tapi apakan daya.
 
 
Hari tu Ibu happy dapat bekerja dari rumah. Tapi sekarang ni rasa macam hari-hari kena datang opis. Lepas ni Ibu terlibat dengan projek pascapilihanraya..Aduhai, memang non stop la.
 
 
Kesimpulan sehingga waktu ni:
 
Penat  +  letih = Xlarat
 
 
Moga Ibu sentiasa diberi kekuatan oleh Yang Maha Esa untuk buat semua perkara.
 
Peace :)
 
 

Wednesday 15 May 2013

cetusan rasa

Semalam Ibu dapat e-mel untuk bekerja dari rumah. Masa mula-mula mohon dulu memang sangat excited sebab boleh duduk rumah sambil buat kerja pejabat. Ini konsep inovasi baru tempat Ibu kerja.  Maksudnya Ibu xperlu datang pejabat semua online. Kena pastikan e-mel dibuka dan dapat dihubungi. Tapi seminggu sekali memang kena masuk office. Sekarang Ibu sangat terkejut sebab tarikh mula 15 Mei - 30 September 2013. So, hari ini. Memang short notice sangat. Hari ini Ibu masuk pejabat sebab ada mesyuarat dan kena kemaskan barang-barang tuk bawa balik rumah. Xcuba xtau kan. Ibu kena berani ambik risiko :(
 
Sekarang ini Ibu tengah pening dan agak serabut gak nak buat arrangement untuk anak-anak Ibu ini. Memang setiap hari kena hantar Abang Muadz g sekolah. Adik Anas memang duduk dengan Mama Wan. Bila Ibu dah xperlu datang office sangat, Adik Anas boleh duduk dengan Ibu..Tapi boleh ke Ibu buat kerja dengan Adik Anas.huhuuh..Cabaran tuuh..Abang Muadz pulak Baba yang hantar sampai masuk kelas..Erm, lagi satu boleh ke Abang Muadz g sekolah Ibu xteman..huhhuhu
 
Dulu masa apply xpk sangat. Rasanya Ibu kena buat arrangement dengan Baba yang semakin sibuk nih. Ibu kena belajar bawa Anas sendiri dalam kereta kan dik. Ibu sekarang ini pulak cepat penat sebab bila balik kerja mesti dah pengsan. Kalau sampai rumah kul 9 ke 10 lebih memang lagi pengsan sebab tunggu Baba habis kerja.
 
So, Ibu nampak banyak faedah bila xmasuk office ni. Ibu kena duduk sorang-sorang tenangkan hati buat checklist, so baru Ibu boleh nampak kan macama mana nak selesaikan..Ya Allah, berilah petunjukMu..Mungkin Ibu stress sikit sebab hari ini baru hari pertama kan. So, Ibu kena selalu positif sebab banyak lagi hikmah yang Ibu xnampak. Insya Allah..Paling best masa bulan puasa nanti boleh duduk rumah..heehheh..
 
Rabbi Yassir Wala Tu'assir
Rabbi Atmim Bikhair

Monday 13 May 2013

Coretan seminggu

Alhamdulillah sedar xsedar dah masuk bulan rejab dah. Hari ini dah 3 rejab. Ibu masih belum berkesempatan untuk berpuasa terutama puasa ganti. Ibu kena cari kekuatan untuk berpuasa ini. InsyaAllah moga Ibu sentiasa sihat. Anak-anak Ibu kena doakan Ibu tau.
 
Sekarang ini pasca pilihanraya. masih ramai lagi yang bercakap dan berbincang keputusan PRU 13. Ibu bukanlah orang yang arif pasal ini. Ibu saja nak cerita, sepanjang minggu lepas dari 3-12 Mei 2013, Ibu, Abang Muadz dan Adik Anas berkampung dekat rumah opah. Pertama sebab Mama Wan balik kampung dari 2 -8 Mei 2013 sebab menunaikan tanggungjawab sebagai rakyat Malaysia. Mama Wan pun nak tengok-tengok rumah yang lama ditinggalkan.Xpe, Ibu faham.. Kedua, Baba pun balik kampung gak dari 3-6 Mei 2013. Jadi, kesimpulannya semua menunaikan tanggungjawab. Bab yang sedih, Achu dah habis belajar KPM, Perlis 30 April hari tu. Ikut perancangan asal, Opah, Atok, Mak Long, Pak Long, Kakak Aqilah, Kakak Afiqah dan Zaiem, Ayah Nyah dengan Mak Nyah semua nak g ambik  Achu sambil-sambil g jalan ke Langkawi. Ibu pun asalnya memang nak ikut, maklumlah jalan-jalan dengan family kan sape xnak ikut. Tapi perancangan DIA mengatasi segalanya sebab cuti Ibu dibekukan sampai Julai katanya. walaupun hati meronta nak ikut, tapi Ibu terpaksa akur la. Abang Muadz memang dari awal nak ikut tapi bila sampai masa Ibu senyapkan je. So, Abang Muadz pun lupa.
 
Bila jadi macam tu, Hari Khamis 3 Mei 2013 hari tu memang Ibu tiada pilihan melainkan EL untuk jaga anak-anak Ibu. Memang Ibu dah nekad nak EL sebab Ibu xnak tipu sakit then ambik MC. Niat Ibu nak berlaku jujur kan. So, Ibu ikutla prosedur maklumkan pihak atasan yang best dapat sms 'no leave is allowed, please take time off'. Fuh, serabut Ibu, then Ibu replied 'Is it allowed to take time off the whole day?, Ibu further explain, nobody around. I have to take time off and I have no choice. I seek your approval.' Then dibalas ' I personally have no problem and please ask our superior.' memang best kan.. Ibu pun slumber la call our superior, 2 kali call akhirnya dia bagi kebenaran. ni EL kalau cuti g langkawi xtau la apa jadi. huhuhu. Ibu kena ikut la rentak kerja di sini.
 
Ibu nak cerita gelagat Abang Muadz yang Ibu xboleh nak lupa sepanjang minggu.. memang sangat bijak dah anak Ibu.
  1. Masa 5 Mei 2013 merangkap hari lahir Opah..Kita semua g mengundi. Ibu, Adik Anas, Abang Muadz, Opah, Atok dna Achu..Muadz sangat teruja tengok orang ramai beratur siap cakap Ibu, Muadz pun nak mengundi tau. Muadz tahu pangkah macam dalam tv. Memang cerdik anak Ibu. Bila tiba masa Ibu nak mengundi, Atok ajak Muadz ikut Atok tapi Muadz xnak sebab nak ikut Ibu. Ibu ok je.. Tiba masa Ibu beratur Muadz cakap, nanti polis xmarah ke. Ibu kata xla. Jadi, bila dah semak IC, Ibu masuk tempat mengundi dan Muadz masih berdiri sebelah Ibu. punya excited nak tgk mengundi tu macam mana..Bila dah habis siap cakap Muadz pun nak mengundi gak..Ibu tanya Muadz nak undi sape..Muadz jawab .......(undi anda rahsia..heheh)
  2.  
  3. masa hari jumaat odw nak g rumah opah lepas Ibu balik keje, Muadz tetiba je cakap..Ibu, Muadz xreti nak buat kad..Ibu tanya kad apa? Muadz cakap kad untuk hari Ibu la..Ya Allah, punyalah terharu Ibu dengar. Memang menitis dah airmata Ibu. Ibu tanya, mana Muadz tahu pasal kad ini? Cikgu yang ajar..yang paling tersentuh bila Ibu cakap Muadz nak tulis apa dalam kad? Muadz cakap Muadz nak minta maaf dekat Ibu sebab Muadz selalu buat salah dengan Ibu. Ya Allah, anakku sudah besar...
Sekarang Ibu nak cerita pasal Adik Anas ye. Jumaat lepas bila dah balik keje Opah sembang dengan Ibu yang buat Ibu tersentuh dan terusik bila ingat.
  1. Opah cakap, Adik Anas masa dengar azan akan letak tangan dekat telinga. Memang Adik Anas suka buat macam tuh bila dengar azan. Opah sambung cerita lagi, lepas dah habbis azan, Adik Anas letak tangan dekat perut macam nak solat. Ya Allah, terima kasih ya Allah.
  2.  
  3. Masa solat jumaat Opah buka solat jumaat langsung dari Mekah dalam tv Oasis. Masa Imam tengah baca khutbah dan berdoa, Opah pun cakap dengan Adik Anas sebab Adik Anas duduk atas riba Opah. Opah cakap 'Ya Allah, sihatkan kulit Adik Anas dan bagilah Adik Anas berjalan'. Ibu sangat-sangat tersentuh bila Opah cakap Adik Anas menangis bila Opah doa macam tuh. Nangis sungguh-sungguh..Ya Allah, tersentuh hati Ibu dengar ceritta opah. Ibu makin mengerti Adik Anas dah membesar dan makin faham orang cakap. Ibu sangat bersyukur wpun sebak dada Ibu.
  4.  
  5. Sebelum ini bila Ibu bawa Adik Anas g hospital ke jalan-jalan ke kalau ada orang tanya Adik Anas umur berapa? Nape xjalan lagi..Bila Ibu cerita @ Mama Wan tolong ceritakan memang Adik Anas akan sedih dan akan buat Ibu cakap 'Aunty doakan Anas ye. lepas tu Ibu terus bangun. Sebab Ibu xnak bagi Adik Anas sedih...Ibu xsalah kan orang tanya cuma Ibu xnak bagi Adik Anas sedih kan.
Ya Allah, terima kasih atas anugerahMU.
 
Adik,
Inilah coretan Ibu dengan gelagat Abang Muadz dan Adik Anas..Moga Adik akan membesar dalam perut Ibu dengan sihat dan dipelihara ALLAH. Ameennnn:)