Monday 27 May 2013

Kadang-kadang kita payah nak terima hakikat. Mulut cakap kena redha tapi hati merintih..Ya Allah, kurniakan kesabaran kepadaku..
 
 
Sekarang ni Ibu dah masuk 6 bulan. Alhamdulillah, 'adik' makin aktif berbeza dengan Abang Muadz dengan Abang Anas..Ibu tahu 'adik' turut aktif sebab Abang Muadz dengan Abang Anas masing-masing aktif..Alhamdulillah, terima kasih ya Allah. Ibu rasa pengalaman mengandung kali ni sangat mencabar. 'adik' bertahan dengan Ibu ye:)
 
 
Ibu selalu sangat terasa penat lagi2 penat dengan keje..Tadi baru dapat e-mel ckp Ibu termasuk dalam projek baru pulak. Ya Allah, banyak sangat dah Ibu terlibat. Kadang-kadang keje ni, ada yg masih selamat just buat keje cukup bulan dapat gaji dah. tu je..Ada juga, keje + keje lain + mesyuarat macam2 then cukup bulan dapat gaji. Ibu bukan jeles dengan orang yg free ni cuma kalau boleh biarlah pembahagian keja di buat sama rata sedangkan gaji still sama..
 
 
Ibu kena belajar mulai sekarang ni, terima dengan hati terbuka untuk terima apa sekalipun.
 
Moga Ibu sentiasa dipandu oleh NYA..
 
Renungan buat Ibu yang makin alpa..
Tiada daya dan tiada kekuatan melainkan dengan (pertolongan) Allah SWT.
 
 
Rasulullah SAW bersabda: "Siapa yang mengucapkan La Haula Wala Quwwata illa billahi,  maka ia akan menjadi ubat kepada 99 penyakit. Yang paling ringan adalah kebimbangan.
(Hadis Riwayat Tabrani)
 
 
 


No comments:

Post a Comment