Monday 13 May 2013

Coretan seminggu

Alhamdulillah sedar xsedar dah masuk bulan rejab dah. Hari ini dah 3 rejab. Ibu masih belum berkesempatan untuk berpuasa terutama puasa ganti. Ibu kena cari kekuatan untuk berpuasa ini. InsyaAllah moga Ibu sentiasa sihat. Anak-anak Ibu kena doakan Ibu tau.
 
Sekarang ini pasca pilihanraya. masih ramai lagi yang bercakap dan berbincang keputusan PRU 13. Ibu bukanlah orang yang arif pasal ini. Ibu saja nak cerita, sepanjang minggu lepas dari 3-12 Mei 2013, Ibu, Abang Muadz dan Adik Anas berkampung dekat rumah opah. Pertama sebab Mama Wan balik kampung dari 2 -8 Mei 2013 sebab menunaikan tanggungjawab sebagai rakyat Malaysia. Mama Wan pun nak tengok-tengok rumah yang lama ditinggalkan.Xpe, Ibu faham.. Kedua, Baba pun balik kampung gak dari 3-6 Mei 2013. Jadi, kesimpulannya semua menunaikan tanggungjawab. Bab yang sedih, Achu dah habis belajar KPM, Perlis 30 April hari tu. Ikut perancangan asal, Opah, Atok, Mak Long, Pak Long, Kakak Aqilah, Kakak Afiqah dan Zaiem, Ayah Nyah dengan Mak Nyah semua nak g ambik  Achu sambil-sambil g jalan ke Langkawi. Ibu pun asalnya memang nak ikut, maklumlah jalan-jalan dengan family kan sape xnak ikut. Tapi perancangan DIA mengatasi segalanya sebab cuti Ibu dibekukan sampai Julai katanya. walaupun hati meronta nak ikut, tapi Ibu terpaksa akur la. Abang Muadz memang dari awal nak ikut tapi bila sampai masa Ibu senyapkan je. So, Abang Muadz pun lupa.
 
Bila jadi macam tu, Hari Khamis 3 Mei 2013 hari tu memang Ibu tiada pilihan melainkan EL untuk jaga anak-anak Ibu. Memang Ibu dah nekad nak EL sebab Ibu xnak tipu sakit then ambik MC. Niat Ibu nak berlaku jujur kan. So, Ibu ikutla prosedur maklumkan pihak atasan yang best dapat sms 'no leave is allowed, please take time off'. Fuh, serabut Ibu, then Ibu replied 'Is it allowed to take time off the whole day?, Ibu further explain, nobody around. I have to take time off and I have no choice. I seek your approval.' Then dibalas ' I personally have no problem and please ask our superior.' memang best kan.. Ibu pun slumber la call our superior, 2 kali call akhirnya dia bagi kebenaran. ni EL kalau cuti g langkawi xtau la apa jadi. huhuhu. Ibu kena ikut la rentak kerja di sini.
 
Ibu nak cerita gelagat Abang Muadz yang Ibu xboleh nak lupa sepanjang minggu.. memang sangat bijak dah anak Ibu.
  1. Masa 5 Mei 2013 merangkap hari lahir Opah..Kita semua g mengundi. Ibu, Adik Anas, Abang Muadz, Opah, Atok dna Achu..Muadz sangat teruja tengok orang ramai beratur siap cakap Ibu, Muadz pun nak mengundi tau. Muadz tahu pangkah macam dalam tv. Memang cerdik anak Ibu. Bila tiba masa Ibu nak mengundi, Atok ajak Muadz ikut Atok tapi Muadz xnak sebab nak ikut Ibu. Ibu ok je.. Tiba masa Ibu beratur Muadz cakap, nanti polis xmarah ke. Ibu kata xla. Jadi, bila dah semak IC, Ibu masuk tempat mengundi dan Muadz masih berdiri sebelah Ibu. punya excited nak tgk mengundi tu macam mana..Bila dah habis siap cakap Muadz pun nak mengundi gak..Ibu tanya Muadz nak undi sape..Muadz jawab .......(undi anda rahsia..heheh)
  2.  
  3. masa hari jumaat odw nak g rumah opah lepas Ibu balik keje, Muadz tetiba je cakap..Ibu, Muadz xreti nak buat kad..Ibu tanya kad apa? Muadz cakap kad untuk hari Ibu la..Ya Allah, punyalah terharu Ibu dengar. Memang menitis dah airmata Ibu. Ibu tanya, mana Muadz tahu pasal kad ini? Cikgu yang ajar..yang paling tersentuh bila Ibu cakap Muadz nak tulis apa dalam kad? Muadz cakap Muadz nak minta maaf dekat Ibu sebab Muadz selalu buat salah dengan Ibu. Ya Allah, anakku sudah besar...
Sekarang Ibu nak cerita pasal Adik Anas ye. Jumaat lepas bila dah balik keje Opah sembang dengan Ibu yang buat Ibu tersentuh dan terusik bila ingat.
  1. Opah cakap, Adik Anas masa dengar azan akan letak tangan dekat telinga. Memang Adik Anas suka buat macam tuh bila dengar azan. Opah sambung cerita lagi, lepas dah habbis azan, Adik Anas letak tangan dekat perut macam nak solat. Ya Allah, terima kasih ya Allah.
  2.  
  3. Masa solat jumaat Opah buka solat jumaat langsung dari Mekah dalam tv Oasis. Masa Imam tengah baca khutbah dan berdoa, Opah pun cakap dengan Adik Anas sebab Adik Anas duduk atas riba Opah. Opah cakap 'Ya Allah, sihatkan kulit Adik Anas dan bagilah Adik Anas berjalan'. Ibu sangat-sangat tersentuh bila Opah cakap Adik Anas menangis bila Opah doa macam tuh. Nangis sungguh-sungguh..Ya Allah, tersentuh hati Ibu dengar ceritta opah. Ibu makin mengerti Adik Anas dah membesar dan makin faham orang cakap. Ibu sangat bersyukur wpun sebak dada Ibu.
  4.  
  5. Sebelum ini bila Ibu bawa Adik Anas g hospital ke jalan-jalan ke kalau ada orang tanya Adik Anas umur berapa? Nape xjalan lagi..Bila Ibu cerita @ Mama Wan tolong ceritakan memang Adik Anas akan sedih dan akan buat Ibu cakap 'Aunty doakan Anas ye. lepas tu Ibu terus bangun. Sebab Ibu xnak bagi Adik Anas sedih...Ibu xsalah kan orang tanya cuma Ibu xnak bagi Adik Anas sedih kan.
Ya Allah, terima kasih atas anugerahMU.
 
Adik,
Inilah coretan Ibu dengan gelagat Abang Muadz dan Adik Anas..Moga Adik akan membesar dalam perut Ibu dengan sihat dan dipelihara ALLAH. Ameennnn:)
 
     
     
 

3 comments:

  1. ada khabar gembira ke yatt... alhamdulillah!!!!
    happy for u dear....

    k.ikin

    ReplyDelete
  2. tq kak.Alhamdulillah dah 5 bulan lebih.Doakan baby dengan saya sihat yer:) Kirim salam dekat semua.

    ReplyDelete
  3. rezeki anak yat... insyaallah, gurl pulak....

    heheee

    akak doakan selamat semua yea....

    ReplyDelete