Wednesday 27 June 2012

Masa berlalu kian pantas

Semalam masa lunch Ibu pergi HUKM tengok Kak Muz. Tahniah pada Kak Muz atas kelahiran baby boy ye.Cute sangat..Moga dengan kehadiran Mushrif [maaf ye kalau salah eja:)] akan menyerikan seluruh isi keluarga akak..hehehe

Bila Ibu tengok baby mesti teringat sangat masa bersalin. Lebih-lebih lagi masa bersalinkan Anas. Hari ini Anas dah genap 1 tahun 6 bulan. Pagi tadi sebelum Ibu pergi kerja sembang dengan Mama Wan. Ibu pun cakap Anas dah besar.. Mama Wan teringat Ilham yang lahir 2 bulan dari Anas dah berlari berjalan..Terus Ibu sayu dik..Masa nak pergi kerje memang bergenang dan menitis titisan hujan. InsyaAllah, Anas pun boleh berjalan berlari lepas ni kan dik..:)

Esok Kak Nad akan berlepas ke B untuk seketika. Moga perjalanan akak dipermudahkan.. Tabahla hadapi segalanya bersama-sama permata hati akak kan:) Sorry xdapat hantar akak sebab ada meting..huhuu.

Untuk Kak Tenet juga moga Mak akak bertambah sihat. Ameen.


Thursday 14 June 2012

Peristiwa hari ini

Ibu sedih dan penat sangat hari ini. Banyak sangat 'event' hari ini yang menyedihkan..

1. Ibu tanya kerani surat dah terima ke surat pergerakan gaji 2012. Dia cakap xde. Ibu memang pelik sebab KZ dah dapat awal bulan 5 hari tu. So, siasat punya siasat siap call tempat lama cakap dah hantar 3 Mei lagi. Refer the admin they said they didn't receive the letter. Punya best jawapan. Mujur la tempat lama tu faks dekat Ibu tadi dan Ibu e-mel admin baru dia kalut nak buat. Memang xpatut betul. Kalau kita senyap dia pun buat xtau jelah. Walaupun xbanyak naik tapi still duit kan yang boleh digunakan..Ibu pesan dengan KE suruh alert la benda ni. Kalau kita diam memang diorang lagi sunyi sepi la..

2. Ibu kena pergi mesyuarat kul 2.30 ganti so called boss sebab dia ada urusan rasmi dekat tempat lain. Lepas lunch Ibu pun bergesas la ke tempat tu, dah sampai sana baru tahu mesyuarat tangguh esok. Aduhai, penat sangat Ibu bawa kereta laju-laju lagi..Huhhuh.. Paling tensen bila Ibu tahu yang so called boss tu dah dapat e-mel pagi tadi mesyuarat tu tangguhh..Hampeh betul. Ibu pun masuk pejabat balik, macam biasa Ibu e-mel so called boss tu pasal mesyuarat tangguh. Alih-alih boleh pulak dia reply cakap dia akan hadir. So, maksudye memang dia tahu mesyuarat tu dah tangguh sebab dia balas e-mel Ibu through BBM..Tulah Allah nak tunjuk, elak sangat nak pergi mesyuarat tu. At the end of the day you have to go. Ibu xboleh teman la dia esok sebab ada mesyuarat lain pulak..Xtau la kalau dia ada magic nak suruh Ibu ikut jugak..Biasala dia pangkat besar mesti boleh buat something kalau nak jugak Ibu ikut kan.huhuhhu

3. Esok Anas ada rutin fisioterapi. Ibu seperti biasa isi borang masuk lambat petang semalam. Kebiasaanya senang je lulus. Hari ini tengok e-mel xde pape lagi.Macam pelik pulak. Jadi, pas balik dari mesyuarat xjadi tu Ibu tanyalah orang yg sepatutnya dan dia suruh Ibu pergi jumpa sendiri Boss. Hati dup dap dup dap nak jumpa. memang la dia orang biasa tapi lain rasa ye deal dengan Boss yang sangat sinis kata-kata dia. Semalam dah kena tegur pasal kerja. Kalau boleh memang Ibu nak elak jumpa, tapi kuatkan semangat jumpa. Dialog kami:

Ibu : Tuan, saya nak tanya status permohonan keluar saya. Dah isi petang semalam.
Boss: Kenapa ye?
Ibu: Saya ada fisio anak esok pagi.
Boss: Anak berapa orang?
Ibu: 2. (ibu pun explain)
Boss: husband kerja mane?
Ibu: (berdetik dalam hati. mesti ada maksud) sini je tuan
Boss: You pergi setiap minggu ke?
Ibu: (dalam hati kan dah explain sebelum ni) xla, 2 minggu sekali. cuma kadang2 sy combine fisio dgn ot then saya cuti. depends pada hospital la.
Boss: Anak you berapa umur? kenapa dia?
Ibu pun explain. bla bla bla
Boss: Dekat fisio dia buat apa?
Ibu: explain lagi.
Boss: sekarang macam mana?
Ibu: Alhamdulillah, banyak improvement..Ibu pun cerita last event masa pergi OT hari tu.
Boss: So, masa kecik la buat kan. Nanti lama-lama boleh dah berjalan semua kan.
Ibu: Ye tuan. Ibu cerita lagi sebab paeds yang request Anas pergi fisio dengan OT kan.
Boss: Sampai bila ye?
Ibu: Sampai Anas sihat sepenuhnya. Ibu cakap Anas xde masalah lain cuma perkembangan yang kena monitor. sebab tu ikut fisio dengan OT. Ibu cakap mungkin bila Anas dah 4 ke 5 tahun hospital akan discharge kan. So, it depends on hospital.
Boss: diam..You isi bila?
Ibu: petang semalam.
Boss:xpe, nanti saya tengok.

Bila Ibu keluar terus KS cakap macam mana? dia pun pelik nape banyak sangat tanya. KS tu dah fahamlah bila dia memang kena bawa Mak dia fisio jugak..huuuh. Only people who undergone that process will understand the nature. Terus Ibu cerita dengan KE. Dia pun ckp memang boss tu nak Ibu jumpa dia. Ibu pelik seolah-olah dia macam xfaham, sedangkan Ibu baru dapat tahu arwah isteri dia meninggal sakit yg selalu pergi hospital. So, xkan dia xfaham..Mungkin kot dia memang xikut langsung isteri dia wat treatment. Wallahua'lam..

So, sampai saat ni masih tiada kelulusan. Masih menahan sebak dihati..Buntu Ibu...

Ya Allah, mudahkanlah urusanku.Kau sihatkanlah, kuatkanlah anakku Anas agar dia boleh bergerak, berjalan, bermain macam kawan yang seusianya..Anas masih kecil Ya Allah. Mudahkanlah baginya Ya Allah.. Ameeen Ya Allah...

Akhirnya Ibu tewas daripada menahan sebak didada..

Tuesday 12 June 2012

Kisah hari ini

12 Jun 2012

Hari ini Adik Anas pergi "OT" lagi. Cikgu Laili yang biasa dengan Anas dah kena tukar dekat Cheras pulak. Cian dia berulang. Ibu pun xsempat nak jumpa dan cakap tq kan. Moga Cikgu sentiasa diberkati dan dirahmatiNYA selalu. Hanya Allah yang mampu balas jasamu. 

So, tadi Anas dapat cikgu baru. Anas pun pandang pelik je cikgu baru dia. Banyak mulut sikit kan dik.hehehe. Suka sembang pasal anak dia. Layan la kita kan.:) Tadi Anas belajar tegakkan kepala. Alhamdulillah. Kepala Anas dah kuat. Ibu pun seronok bila Anas angkat kepala. 
                                                                                                                                                                                            

Anas pandai tengok kamera..Kuat anak Ibu ni:)

Pasni Ibu ajar Anas buat yang Cikgu cakap tadi yer..InsyaAllah dengan izinNYA Anas boleh duduk, berjalan, main dengan Abang Muadz kan.

Masa Ibu nak pergi kerja balik tadi, Abang Muadz menangis sebab Ibu xbawa dia ikut adik tadi kan. Sorry ye abang. Sayu Ibu tengok Muadz nangis tadi. Dah la Ibu kalut nak pergi opis, xdapat Ibu bawa Abang Muadz jalan-jalan sekejap. Nanti petang Ibu kalau sempat kita jalan-jalan jap yer..

Ada benda yang serabutkan kepala Ibu ni. Tidak disangka-sangka Ibu kena saman trafik tadi.Gerrrrrrrrrrrammm..Dahla parking payah nak cari kul 9.00 tadi, balik2 je nampak saman dekat kereta. Ibu dah pusing satu bangunan cari tempat kosong. masih xde. Ibu nak kejar masa tunggu giliran tadi tu yang kalut..huhuhu.Rasa ye diorang ni kena consider parking susah.Kereta banyak dan memang confirm la kebanyakan orang yang pergi hospital memang sakit. Bukannye suka-suka je parking situ..Huhu. Xpelah dik, dah nak kena kan..

So, bila masuk kerja mood tu dah turun. Sangat penat dan demotivated..Macam mana ini nak cari semangat yang makin hilang ni. Rasa ye memang kena pergi Seminar Celik Momz nanti ni. Kan KN..hehhe. Jom la ajak yang lain join. InsyaAllah, sy join KN nanti tau..

Ibu teringat hadith yang dipetik oleh Prof Muhaya dalam fbnya: 

"He who does not thank people does not thank Allah". 

Kesimpulannya:

Ucaplah 'terima kasih @ thank you' pada seseorang walaupun jasanya hanya sekadar menekan lif untuk kita naik. Dalam erti kata lain walaupun kecil, remeh atau simple usaha yang dilakukan seseorang itu pada kita tanpa mengira hubungannya, ringankanlah lidah mengucap terima kasih.. Moga dengan cara ini kita dapat  mendekatkan diri kita untuk berterima kasih pada NYA. Terima kasih Abang PT kerana saman itu:)

Friday 8 June 2012

Lagu yang memberi inspirasi:)

Make me strong

i know I'm waiting
Waiting for something
Something to happen to me
But this waiting comes with
Trials and challenges
Nothing in life is free
I wish that somehow
You’d tell me out aloud
That on that day I’ll be ok
But we’ll never know cause
That’s not the way it works
Help me find my way
My Lord show me right from wrong

Give me light make me strong
I know the road is long
Make me strong
Sometimes it just gets too much
I feel that I’ve lost touch
I know the road is long
Make me strong

I know I’m waiting
Yearning for something
Something known only to me
This waiting comes with
Trials and challenges
Life is one mystery

I wish that somehow
You’d tell me out aloud
That on that day you’ll forgive me
But we’ll never know cause
That’s not the way it works
I beg for your mercy


My Lord show me right from wrong
Give me light make me strong
I know the road is long

Make me strong
Sometimes it just gets too much
I feel that I’ve lost touch
I know the road is long
Make me strong


Words: Sami Yusuf
Music: Sami Yusuf
Produced by Sami Yusuf

Minggu Rehabilitasi Anas

30 Mei 2012
Occupational Therapy

Ibu baru je masuk opis semalam. Agak lama jugak Anas xpergi 'OT' kan dik, Sorry ye sebab Ibu ada Kursus 2 minggu dengan Conference lagi. Semua tergendala Anas punya jadual rehabilitasi. Susah Ibu nak escape. Sorry ye dik. So, hari ini Ibu masuk lambat sebab nak pergi 'OT' Anas. Alhamdulillah bos luluskan Ibu masuk lambat cikit..Bersyukur sangat2 sebab lepas ini memang Ibu akan selalu lagi minta excuse masuk lambat .hehehee. Don't worry boss, saya akan ganti balik masa tu dengan kerja saya yang bagus..:) InsyaAllah.

Cuma pagi tadi masa bangun tidor, Abang Muadz nak ikut Adik kan. Ibu xbagi sebab macam payah cikit Ibu nak bawa Abang Muadz. Nanti lain kali Ibu bawa Abang Muadz ye teman Adik Anas tau.
Cikgu Anas cakap Anas dah besar. Alhamdulillah, Adik Anas dah setahun 5 bulan. Cepat kan masa dik..Mula-mula Cikgu ajar Anas duduk. Alhamdulillah, Anas kuat sikit berbanding sebelum ini. Seronok Ibu Anas dah xmenangis macam selalu sangat. Kan anak Ibu dah besar:)

Lepas dah ajar duduk, Cikgu Anas ajar Anas suruh berdiri. Kaki Anas dah kurang bersilang dah. Kalau tak Ibu memang susah hati dik. Alhamdulillah.


Nama baby dekat belakang tu Muadz Mikhail. Baru 9 bulan. Moga Adik Muadz Mikhail cepat sihat..

Habis berdiri, Cikgu masukkan Adik Anas dalam kolam bola ini. (sesuai ke dipanggil nama tu..heheehe..Ikut suka hati Ibu je kan). Dulu, bila nampak je kolam bola tu Adik Anas mesti menangis. Tadi pun mula-mula Adik dah nangis dah. Ibu saja xnak ambik, nak tengok reaksi Adik Anas..So, bila dah masukkan lama-lama cikit Adik Anas semakin ok..Cikgu dudukkan Adik dalam kolam tu, Anas dah cool. So, bila Ibu cakap senyum, pandai pulak Adik Anas ini senyum..heheh..Bijak anak Ibu. :)



Masa ini xtenggelam lagi dengan bola-bola tu. Boleh posing lagi la kan:)



Masa ini hampir hanyut dah. Tapi masih cool xmenangis kan.. 


1 Jun 2012
Fisioterapi 

Hari ini, Ibu cuti sebab Anas nak pergi fisio pulak. Kebetulan Mama Wan nak balik kampung, jadi Ibu pun bawa la Abang Muadz pergi ikut sekali teman Adik Anas kan. Baba hantar dekat hospital, nanti balik Baba ambik sebab Baba adik Anas ni memang sangat sibuk. Hehehee. Jangan marah Baba :) Hari ini Baba ada farewell CC sebab bersara  jadi Baba datang kul 10 nanti ambik kita.

Adik Anas orang pertama sampai. So, semua orang dekat situ main dengan Anas dulu sebelum diorang siapkan tempat untuk fisio. Semua orang dekat situ cakap Anas Ibu ini dah besar lagi. Bila orang tengok dia, Anas pun senyum. Bagus Adik Anas ini suka senyum. Pemurah tau.heheehe.. Fisio ini Anas kena belajar untuk tegakkan kepala. Bila Anas kena buat mata tu, mata dok pandang orang lain. Pernah sekali dulu, Anas pandang je aunty yang tengah buat fisio sampai dia pun perasan. Sudah ye masa Anas nak buat fisio dia nangis pulak. Nanti bila Adik Anas dah besar boleh la Anas baca coretan Ibu ni tau.


Masa ini Adik Anas kena belajar tuk tegakkan kepala. Tapi mata dia dok tengok orang lain. Cian Ibu tengok student praktikal ini pegang Anas sebab Anas keraskan badan melawan xnak tegak..Bila dah lama-lama baru Adik Anas nak buat. Cikgu fisio Anas cakap head control Anas dah semakin ok. Alhamdulillah.

Aktiviti Fisio Anas seterusnya belajar berdiri. Cikgu fisio Anas ada ajar Ibu. Bagusla jugak Ibu dapat ilmu baru. Memang Ibu akan buat dekat rumah la pasni kan dik.. Selesai aktiviti, Anas kena berdiri dekat so called atas katil. Ibu ada ambik gambar Anas. 



Mata Anas dok melilau tengok orang nak ikat dia.



Siap angkat tangan Anas nak tunjuk



Akhirnya, Anas berjaya berdiri Ibu.


Muka gembira lepas habis habis fisio:)

Thursday 7 June 2012

Sebenarnya seronok jugak ada blog. Boleh bebel dekat cni. Ikut Ibu nak cakap ape pun kan.heheheh.. Rasa ye dah lama Ibu xupdate. Penatla sekarang ni. Lepas balik conference terus Ibu pergi Kursus 2 minggu. Tapi yang best yer masa dalam kursus tu sempat jugak Ibu pergi Semenyih..Rumah baru KT. Lawa rumah KT.:) Sorry ye kak sampai lambat, sempat makan pastu terus balik. Sampai ke tempat kursus, semua orang tengah sibuk translate article. Mujur sempat Ibu buat lepas bincang2 sikit dengan KE. Hehehhe.. Apa pun memang adventure la jumaat tu..Tapi hilang penat lepas tengok muka kakak2ku merangkap kawan2..heheheheh

Sekarang ni Ibu tengah buat kerja semakan akta. Memang best la pengalaman baru. 5 Jun 2012 haritu, ada mesyuarat pembentangan akta Ibu. Memang la nervous kena present depan boss.. Satu kenyataan yang paling Ibu xboleh lupa boss cakap 'sandwich provision'. Mane la kita tau kan. Terpinga-pinga gak dengar apakah itu. dengan malu lagi. Tapi xpela, Ibu kan budak baru belajar.. We learn from the experience :). Then, terus dapat kerja baru kena buat research pulak.. Ibu terpaksa pinjam buku dari senior tapi xsempat baca lagi.huhuuhu

Ingatkan nak puasa hari ini, tapi sebab xbangun sahur tadi terpaksa batalkan niat tu..huhuu. Alasan kan Ibu ni. InsyaAllah Ibu akan ganti puasa sebelum Ramadhan sampai. Ibu berazam xnak bayar fidyah lagi macam tahun lepas..Ya Allah, mudahkanlah urusanku ganti puasa ini..

Ahad lepas Ibu dapat tahu ada junior masa belajar dulu meninggal dunia terlibat dengan kemalangan. Memang sangat muda lagi orang ye, baru 28 tahun. Ibu pernah berjumpa dengan arwah masa attend kenduri kahwin junior. Memang lembut sopan je. Anak 2 orang masih kecil lagi. Macam Ibu dengan anak-anak Ibu la usia anak arwah tu. Ibu terkesan sangat sebab masa kemalangan itu arwah sedang menyusu anak dia. tak tergambar macam mana keadaan masa tu. Allah..Arwah ni seorang penulis dan ada blog sendiri http://thenhfamily.blogspot.com/. untuk tatapan anak-anaknya. Moga suami arwah tabah hadapi segalanya. Hidup mati semua telah ditentukan dan dalam pengetahuanNYA. Moga Arwah ditempatkan di kalangan hambaMU yang beriman. Al-fatihah..