Thursday 14 June 2012

Peristiwa hari ini

Ibu sedih dan penat sangat hari ini. Banyak sangat 'event' hari ini yang menyedihkan..

1. Ibu tanya kerani surat dah terima ke surat pergerakan gaji 2012. Dia cakap xde. Ibu memang pelik sebab KZ dah dapat awal bulan 5 hari tu. So, siasat punya siasat siap call tempat lama cakap dah hantar 3 Mei lagi. Refer the admin they said they didn't receive the letter. Punya best jawapan. Mujur la tempat lama tu faks dekat Ibu tadi dan Ibu e-mel admin baru dia kalut nak buat. Memang xpatut betul. Kalau kita senyap dia pun buat xtau jelah. Walaupun xbanyak naik tapi still duit kan yang boleh digunakan..Ibu pesan dengan KE suruh alert la benda ni. Kalau kita diam memang diorang lagi sunyi sepi la..

2. Ibu kena pergi mesyuarat kul 2.30 ganti so called boss sebab dia ada urusan rasmi dekat tempat lain. Lepas lunch Ibu pun bergesas la ke tempat tu, dah sampai sana baru tahu mesyuarat tangguh esok. Aduhai, penat sangat Ibu bawa kereta laju-laju lagi..Huhhuh.. Paling tensen bila Ibu tahu yang so called boss tu dah dapat e-mel pagi tadi mesyuarat tu tangguhh..Hampeh betul. Ibu pun masuk pejabat balik, macam biasa Ibu e-mel so called boss tu pasal mesyuarat tangguh. Alih-alih boleh pulak dia reply cakap dia akan hadir. So, maksudye memang dia tahu mesyuarat tu dah tangguh sebab dia balas e-mel Ibu through BBM..Tulah Allah nak tunjuk, elak sangat nak pergi mesyuarat tu. At the end of the day you have to go. Ibu xboleh teman la dia esok sebab ada mesyuarat lain pulak..Xtau la kalau dia ada magic nak suruh Ibu ikut jugak..Biasala dia pangkat besar mesti boleh buat something kalau nak jugak Ibu ikut kan.huhuhhu

3. Esok Anas ada rutin fisioterapi. Ibu seperti biasa isi borang masuk lambat petang semalam. Kebiasaanya senang je lulus. Hari ini tengok e-mel xde pape lagi.Macam pelik pulak. Jadi, pas balik dari mesyuarat xjadi tu Ibu tanyalah orang yg sepatutnya dan dia suruh Ibu pergi jumpa sendiri Boss. Hati dup dap dup dap nak jumpa. memang la dia orang biasa tapi lain rasa ye deal dengan Boss yang sangat sinis kata-kata dia. Semalam dah kena tegur pasal kerja. Kalau boleh memang Ibu nak elak jumpa, tapi kuatkan semangat jumpa. Dialog kami:

Ibu : Tuan, saya nak tanya status permohonan keluar saya. Dah isi petang semalam.
Boss: Kenapa ye?
Ibu: Saya ada fisio anak esok pagi.
Boss: Anak berapa orang?
Ibu: 2. (ibu pun explain)
Boss: husband kerja mane?
Ibu: (berdetik dalam hati. mesti ada maksud) sini je tuan
Boss: You pergi setiap minggu ke?
Ibu: (dalam hati kan dah explain sebelum ni) xla, 2 minggu sekali. cuma kadang2 sy combine fisio dgn ot then saya cuti. depends pada hospital la.
Boss: Anak you berapa umur? kenapa dia?
Ibu pun explain. bla bla bla
Boss: Dekat fisio dia buat apa?
Ibu: explain lagi.
Boss: sekarang macam mana?
Ibu: Alhamdulillah, banyak improvement..Ibu pun cerita last event masa pergi OT hari tu.
Boss: So, masa kecik la buat kan. Nanti lama-lama boleh dah berjalan semua kan.
Ibu: Ye tuan. Ibu cerita lagi sebab paeds yang request Anas pergi fisio dengan OT kan.
Boss: Sampai bila ye?
Ibu: Sampai Anas sihat sepenuhnya. Ibu cakap Anas xde masalah lain cuma perkembangan yang kena monitor. sebab tu ikut fisio dengan OT. Ibu cakap mungkin bila Anas dah 4 ke 5 tahun hospital akan discharge kan. So, it depends on hospital.
Boss: diam..You isi bila?
Ibu: petang semalam.
Boss:xpe, nanti saya tengok.

Bila Ibu keluar terus KS cakap macam mana? dia pun pelik nape banyak sangat tanya. KS tu dah fahamlah bila dia memang kena bawa Mak dia fisio jugak..huuuh. Only people who undergone that process will understand the nature. Terus Ibu cerita dengan KE. Dia pun ckp memang boss tu nak Ibu jumpa dia. Ibu pelik seolah-olah dia macam xfaham, sedangkan Ibu baru dapat tahu arwah isteri dia meninggal sakit yg selalu pergi hospital. So, xkan dia xfaham..Mungkin kot dia memang xikut langsung isteri dia wat treatment. Wallahua'lam..

So, sampai saat ni masih tiada kelulusan. Masih menahan sebak dihati..Buntu Ibu...

Ya Allah, mudahkanlah urusanku.Kau sihatkanlah, kuatkanlah anakku Anas agar dia boleh bergerak, berjalan, bermain macam kawan yang seusianya..Anas masih kecil Ya Allah. Mudahkanlah baginya Ya Allah.. Ameeen Ya Allah...

Akhirnya Ibu tewas daripada menahan sebak didada..

4 comments:

  1. InsyaAllah.Allah Maha Kuasa.Amiin.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Ameenn.. Saya dah tau rentak dekat sini kak. so, lepas ni memang kena ambik cuti..:)

      Delete
  2. sedih akak baca.. mcm dicubit peha kanan kiri pun rasa :(

    napa susah sgt nak dpt kebenaran?? tensen akak tau!!!!!!!!

    klu akak ada kat situ mmg da lama akak fire dia (fire kat belakang jer ler). sabar ek...

    ReplyDelete
  3. xpe kak. saya dah makin faham keadaan di sini. doakan Anas sentiasa sihat ye:)

    Tq banyak2 kak

    ReplyDelete