Wednesday 24 October 2012

Semalam untuk Ibu..

Semalam Ibu baru tahu Ibu kena terlibat dengan kerja unit lain. Bila dapat tahu tu walaupun xconfirm lag, xde black & white pun lagi, memang Ibu hangin satu badan.Rasa tensen yang amat sangat..Rasa nak nangis dah sebab kerja yang ada pun xhabis2 lagi tambah lak kerja baru yang memang kena siapkan tahun ni jugak..Bayangkan sekarang bulan Oktober then Nov dan Disember....Bila dah kena siapkan hujung tahun ni for sure hujung minggu Ibu kena kacau pastu macam mana kerja yg semakin banyak ni..huhu..memang sangat stress wpun xconfirm lagi.
 
Semalam juga Baba yang ambik Ibu dari tempat kerja. Apalagi dalam kereta Ibu cite habis dengan Baba dengan nada suara yang tensen @ stress..Tetiba Ibu rasa kenapa Ibu nak marah Baba pulak. Cian Baba..heheh..Sebenarnye Ibu stress ye dan tujuan Ibu untuk luahan semata-mata..hehee..Bila dah asyik bercerita tu, keluarla perkataan yang xsepatutnya..Biasalah tengah marah dengan orang yg suka2 nak bagi kerja pd kita,so terkeluarlah B****..Memang Ibu tahu Ibu salah..Ibu pun minta maaf la dengan Baba sebab Baba jadi tempat Ibu hemburkan ketidakpuasan hati ibu..huhu
 
Semalam juga, Baba cakap dengan Ibu, sabarlah..Ini tanda orang percaya yang Ibu boleh buat kerja..Orang percaya dengan kerja Ibu..bla bla bla....Tetiba Baba cakap wanita solehah xcakap benda2 xelok contohnyer B**** ..Sebenarye ayat ni yang buat IBu berfikir 100x..Walaupun Ibu xsengaja nak cakap macam tuh, tapi ayat Baba tu memang melekat sampai sekarang..InsyaAllah..Moga ini yang terakhir untuk Ibu cakap benda2 mcm nih.
 
Terima kasih Baba atas teguran dan nasihat yang sangat menusuk kalbu..
 
 
Moral of the story :
 
Jangan cepat melatah bila dapat cerita yang xpasti lagi hanya sekadar dengar khabar angin sahaja..Kena selalu ingat Allah Istighfar..
 
 

Tuesday 23 October 2012

Banyak kali Ibu tengok blog ni, hati melonjak2 untuk menulis tapi akal rasa macam xtertulis@ xlarat dalam erti kata lain malas nak menaip.hehhe...dalam xsedar dah setahun dah Ibu dekat cni.Memang semua orang cakap sekejap yer. Ibu yang rasa betapa best yer dekat cni..hehhee. Alhamdulillah, sekarang dah boleh ikut rentak kerja dekat cni. Makin kenal ramai orang makin tahu perangai masing2..Makin Ibu dah boleh terima hakikat kerja di sini..So, setiap hari Ibu kena cari keseronokan untuk bekerja di sini supaya hari2 Ibu rasa happy datang kerja..hehehe..
 
sebenarnya banyak Ibu nak tulis dalam ni, tp macam xterluah jer..Ekzema Adik Anas naik balik. Sebenarnya lama dah xnaik macam kali ni. Ibu la ni, saja nak cuba natural produk. Ibu masuk group Natural Healing For Asthma dekat fb. Ibu pun join la discussion diorg nih untuk gunakan produk yang natural cthnye Buds Organic, MooGoo. Sekarang ni adik Anas pakai elomet tuk kaki. siapa yang xnak anak sihat kan bila tahu ubat yang Anas pakai chemical la stereoid pulak tu. Jadi, Ibu pun order online produk Buds Eczema Rescue Kit ni. 17hb hari tu, Ibu pun dapat la 2 produk tuh..
 
 
Inilah dia..
 

Jadi, weekend hari tuh Ibu pun gunalah sabun dengan lotion tu untuk Adik Anas..Ibu tengok berair basah je kulit adik, dalam hati Ibu cakap ni mesti adjustment period kot.So, xpelah, gunala dulu. Ahad malam Isnin macam lagi teruk. Masa Ibu hantar adik dekat rumah Mama Wan muka adik nampak bengkak@ sembap je. Lepas Ibu balik kerja semalam Mama Wan bagitahu Mama Wan guna elomet tu balik sebab cian dekat Anas macam gatal, xboleh nak tidor sangat..Ibu faham memang cian dekat Mama Wan sebab Adik Anas ni kalo tidor memang sangat sekejap.15 minit paling lama sejam..so, bila dah pakai elomet tu, memang Ibu akui ada perubahan la.Nampak adik Anas dah ok cikit kurang garu..Malam tadi pun Ibu pakaikan jugak krim tuh..
 
Maaf ye dik, Ibu ingat adik Anas serasi dengan Buds tu.Ibu nak cuba yang natural rather than chemical tu dik.Mungkin terlalu awal Ibu buat kesimpulan kan..Tapi sebenarye Ibu xsanggup tengok Adik Anas garu2 kaki..Ibu rasa bersalah sangat...Nak buat camner kan, mungkin belum serasi lagi..Cian Adik Anas kan..Maafkan Ibu ye salah percaturan..Rasaye lepas ni Ibu akan lebih berwaspada tuk guna pape produk baru tuk adik. Ibu cuma Adik Anas cepat sihat yer..
 
Hati seorang Ibu yang sentiasa mahu kan Anas sihat dan membesar macam kanak-kanak yang lain..InsyaAllah, moga Ibu sentiasa diberi petunjuk dalam membesarkan adik Anas.. Sayang Anas:)

Monday 8 October 2012

Rumah yang banyak berjasa

Alhamdulillah, hari ini sudah masuk bulan 2 kita pindah ke Rumahku Syurgaku..Alhamdulillah.Baru hari ini Ibu ada kesempatan nak tulis pasal rumah baru kita..Banyak sangat perkara yg berlaku lately nih..Bersyukur padaNYA kerana diberi peluang untuk terus bernafas dan meminjam dariNYA.
 
Sebenarye lama dah Ibu ajak Baba pindah rumah kita nih. Tapi dek sebab kekangan waktu dsb akhirnya tarikh cuti umum ni jadi pilihan..Ibu dengan Baba buat keputusan nak pindah masa 31 Ogos 2012 hari tu sempena birthday Baba sama.hehehe.senang nak ingat masuk rumah baru..mujur opah dengan achik tolong Ibu kemas barang utk pindah. kalau tak, memang xpindahlah kita sampai ke sudah.memangla xbanyak barang pun cuma bilal start mengemas tu yg keluar kmacam2 barang kena bawa tu..jenuh gak la sewa lori 5 tan sampai 2 trip sebab Ibu rasa la diorang susun xbetol. ikut suka hati je, tu pasal la xmuat..nak xnak memang kena 2 trip la gak..
 
Ibu paling tensen dengan diorang lori ni, Ibu punya tempat kayu utk letak bunga jatuh, benda tu kayu bila jatuh dari lori memang berkecaila.sedih tul Ibu sebb memang xpernah letak bunga lagi tuh..Ibu siap bertegang leher gak la dgn tauke lori ini sebab nak mintak kurang sewa dia sebab dah pecah.Dia boleh sound ckp Ibu ambik insurance tuk cover barang2 nih, so xboleh nak ckp pelah..memang hangin la Ibu sebab Baba pass role tu utk Ibu..Lastly masa nak bayar Baba pun murah hati bayar penuh sebab xnak panjang cite.derma dekat diorg rm700 tuk sewa lori dengan orang diorg tuk angkut barang...Inilah asam garam masa pindah rumah nih.huhuh
 
Baru Ibu rasa la kesusahan tuk pindah rumah. Ibu siap buat checklist apa yg kena ada@ tak..tapi semua tu xikut pun.hehehe..sebelum pindah pun, Ibu dengan Baba buat yag basic jer. Langsir memang harusla kena tempah dengan tingkap yg sangat tinggi. So, kita pun pergi tempah dekat Jakel.Abang dengan Adik memang Ibu kendong pun..heheh.diorg memang seronok sangat jenjalan kan. Habis langsir kita beli lampu kipas tu pun dah berapa hengget melayang..Pastu Ibu dengan Baba buat kabinet dapur dengan wardrobe bilik atas. Itu je yg kita mampu dulu. Habis semua simpanan kena korek.hehehe..memang Ibu admit la urusan masuk rumah baru ni memang boleh buat kita merana sekejap.hehehe..tapi yang paling best puas hati sebab kita nak duduk rumah sendiri.hehehe. Alhamdulillah..
Ini rumah lama kita dekat 17, Jalan P9B/7, Presint 9..Banyak kenangan rumah ni.
 
rumput rumah yang selalu panjang..hehehe
 
Dah ada kereta parking dah rumah kita ni..(eh silap bekas rumah kita.heheh)

Antaranya :
 
1. Masa Ibu dalam pantang Muadz, Baba bagitahu kita dapat duduk rumah teres..Memang Ibu happy  sebab rumah dia cantik. Ibu tengok rumah ini masa Atuk dengan Opah hantar kita rumah Mama Wan, Baba singgah bagi Ibu tengok jap dengan stokin@ kain batik..(baju rasmi dalam pantang)
 
2. Sakit sebelum bersalin Adik Anas pun dekat rumah ini. Ingat lagi Ibu malam tu sakit sangat Baba pergi ceramah tinggal Ibu dengan Abang Muadz cian Abang Muadz tengok Ibu sakit dengan muka yang confius.hehe..Alhamdulillah Ibu selamat bersalinkan Adik Anas..Ibu berpantangkan Adik Anas pun dekat rumah inilah..

3. Abang Muadz yang asyik masa cuti je nak keluar rumah.nak main dengan Hanzalah, Abang Lukman, Wardiah la..semua kawan2 Abang Muadz yang Adik Anas pun xketinggalan nak main dengan diorg.

4. Ibu paling best kalau Ibu jemur baju dekat luar rumah masa Ibu pergi kerja@ jenjalan hujung minggu, memang kain sentiasa ada orang angkat. Bagus betul jiran2 dekat sini..

5. Inilah rumah yang berulang hampir 4 tahun dari Putrajaya ke Jalan Duta..walaupun semua jiran dok cakap minta la kerja dekat putrajaya senang..akhirnya, dapat juga Ibu kerja dekat dengan rumah. Alhamdulillah..

6. Rumah ini seusia dengan Muadz iaitu 3 tahun 8 bulan as at 31 Ogos 2012..

7. First time Ibu ajak kawan-kawan Kak Nad, Kak Muz, Kak Ika dengan Kak Azah datang rumah walaupun Ibu selalu terkejut bila diorg nak serbu rumah kita..Maklum sajalah rumah ini sentiasa berkemas dengan hero2 ni.hehhehe...

8. Lagi...ermmmm

9. Best punya rumah walaupun kuarters je..heheh

Pendek kata rumah ini memang sangat berjasa dan meninggalkan 1001 memori yang Ibu xkan lupa sepanjang hayat..Rumah yang kini tinggal kenangan..Moga selepas ini akan dapat owner yang lagi bagus dan dapat jaga rumah ini dengan baik..Tetiba Ibu sedih pulak..Baru sekarang Ibu lebih hargai rumah tempat kita berteduh...

 
31 Ogos 2012

Tarikh ini tarikh ulang tahun kelahiran Baba yang ke 30. Alhamdulillah, Allah masih lagi panjangkan umur Baba untuk bersama kita semua. Ibu, Abang Muadz dan Adik Anas sentiasa doakan Baba diberi kesihatan yang baik, dimurahkan rezeki dan bahagia selalu bersama kita semua..Moga Allah beri kekuatan pada kita semua ye Baba untuk hadapi ujian dariNYA..Moga hubungan ini kekal hingga ke syurga..InsyaAllah. Ameenn..
 
Kami sayang Baba :)
 

 
 
Lots of love from us:)