Thursday 10 January 2013

Cerita Disember

 
Alhamdulillah, akhirnya dapat juga Ibu menulis dalam blog yang dah bersawang ni. Akhir-akhir ini memang xterkata penat nya dengan kesibukan kerja dan hal-hal lain. Sedar xsedar 2012 dah berlalu dan macam-macam pengalaman baru dalam hidup Ibu dapat. Banyak benda baru yang mengajar Ibu erti kehidupan. Apa-apa pun biarlah berlalu xperlu Ibu cerita semua benda kerana diam itu lebih baik.

Sebagai seorang hambaNYA yang selalu serba kekurangan tidak dinafikan Ibu ini hambaNYA yang sangat lemah selalu membuat kesilapan. Kena selalu istighfar padaNYA mohon ampun sebab dengan manusia ini bila kita dah minta maaf kira selesai la peranan kita. Memang xboleh paksa diterima maaf kita. Allahu Akbar..Moga setiap tutur kata Ibu sentiasa dipandu dan mendapat hidayah dariNYA.

Banyak peristiwa Disember 2012. Memang hati Ibu ini melonjak-lonjak untuk menulis tapi memang kesempatan xkunjung tiba.
 
 
Tarikh 11 Disember setiap tahun adalah hari ulangtahun kelahiran Muhammad Muadz Wajdi. Tahun 2012, Muadz anak Ibu dah 4 tahun. Macam biasa, Ibu memang xpernah sambut hari jadi anak-anak Ibu sebab Ibu rasa cukuplah Ibu belikan kek kita makan sama-sama sambil berdoa bersama-sama. Tahun in, memang Ibu dah janji dengan Abang Muadz nak beli kek sebab Abang Muadz dah makin petah bercakap, so asyik dok tanya bila hari jadi Muadz..Untuk tidak mengecewakan, lepas balik kerja Ibu belikan kek dan kebetulan Ayah Ngah pun belikan kek ada gambar Muadz. Mula-mula seronok pastu menangis xnak potong kek. Adik Anas dah siap pakai topi tuk potong kek tapi Abang Muadz pulak buat perangai xnak. Macam-macam gelagat..memang kelakar la Muadz ni. then kek yang Ibu beli Abang Muadz potong esok nya dengan Mama Wan dan Su Ain.
 
 
Ibu dengan Baba sentiasa doakan Muhammad Muadz Wajdi membesar menjadi anak yang soleh, rajin solat, rajin pergi sekolah dan rajin jaga Adik Anas. Alhamdulillah Abang Muadz dah mula sekolah. Nanti Ibu buat entry lain untuk corat coret cerita sekolah Abang Muadz. Ibu sayang Muadz:)
 
 
Tanggal 13 Disember setiap tahun pula, tarikh ulangtahun perkahwinan Ibu dan Baba. Alhamdulilllah, hampir 5 tahun dah Ibu dengan Baba melayari alam rumahtangga. Setakat 5 tahun ini ,memang xpernah ada celebration pun antara Ibu dengan Baba. Xpe, Ibu faham..Ibu xkisah pun asal Baba boleh jaga Ibu, Abang Muadz dengan Adik Anas dengan baik dan dapat didik kami menjadi hambaNYA yang soleh dan solehah. Ameen.. Abang, terima kasih atas segalanya..Luv you so much:)
 
 
Tanggal 26 Disember setiap tahun pula, ulang tahun kelahiran Muhammad Anas Amini. Tahun ini, Anas dah 2 tahun. Setiap kali 26 Disember, Ibu pasti akan teringat cerita kelahiran Anas. Memang Ibu xpernah ceritakan dalam blog ni. Biarlah, cukuplah untuk Ibu ingat sendiri. Alhamdulillah, Anas semakin membesar dengan baik..Memang Ibu akui Anas banyak improve sekarang ini. Anas dah pandai berdiri dengan kaki menapak atas tanah wpun Ibu kena pegang lagi. tapi xpe, Ibu sanggup dik. Kepala Anas pun dah semakin kuat..duduk pun dah sesekali boleh bila Ibu lepaskan. Merangkak dah boleh 2, 3 step..Ibu rasa sebak bila Ibu ajar Abang Muadz mengaji ke azan, adik akan letak tangan dekat telinga seolah-olah macam Adik nak azan..Ibu percaya Adik Anas pun boleh buat mcam Abang Muadz nanti..Sekarang ini, Anas pun dah banyak bunyi mulut. Dr Sham cakap bagus dan tanda positif his brain grows. alhamdulillah...
 
 
Alhamdulillah..terima kasih ya Allah.. Banyak benda Ibu belajar untuk membesarkan Anas..Ibu kena sentiasa berusaha untuk setiap satu perkembangan Anas. Ibu yakin dan percaya Allah akan berikan hasilnya bila kita sentiasa berusaha kan dik.
 
 
Tahun ini Ibu xsambut pun hari jadi adik Anas. sampai Abang Muadz cakap: Ibu kan hari ini hari jadi adik, mana keknye? Ibu cakap: Adik kecik lagi, nanti dia dah besar macam Abang Muadz, Ibu bagi Adik potong kek ye. Kan Adik dah potong kek dengan Muadz hari tuh..Adik, nanti Ibu belikan Adik kek ye, in shaa Allah..Ibu doakan Adik sentiasa sihat, kuat semangat dan membesar menjadi anak yang soleh. Ameen..Ibu sayang Adik Anas:)
 
 
Ya Allah, Ibu bersyukur diberikan anugerah yang sangat berharga untuk Ibu. Ibu berharap agar Ibu dapat berusaha menjadi hambaNYA yang solehah..Ameenn..