Tuesday 30 July 2013

Alhamdulillah hari ini dah masuk 21 Ramadhan 1434.. Sedar xsedar dah masuk fasa ketiga dalam bulan ramadhan. Sama macam Ibu yang dah masuk trimester ketiga. Sungguh bila dihitung hari ke hari amatlah sedikit amalan Ibu di bulan yang penuh barakah ini. Ibu mengharapkan masih xterlambat lagi untuk Ibu memanfaatkan bulan yang mulia ini sebaiknya. Insyaallah.
 
Baru hari ini Ibu ada kesempatan mencoret sesuatu di sini. Alhamdulillah Ibu masih berpuasa hingga saat ini. Moga Allah berikan kekuatan pada Ibu untuk meneruskannya sehingga akhir. Sekarang ini Ibu dah masuk 33 minggu. Pengalaman mengandung kali ini memang sangat berbeza dengan sebelum ini. Betullah kata orang-orang tua pengalaman mengandung anak adalah berbeza satu sama lain. Sekarang ini perut Ibu kerap sangat mengeras. Kadang kala sampai susah dan payah nak bergerak. Ada jugak sampai satu tahap Ibu menangis. Kalau ikut hati memang Ibu nak rehat je dekat rumah. Tapi bila difikirkan semula Ibu kena siapkan semua kerja @ tugasan Ibu sebelum Ibu bersalin. Memang xlarat tapi terpaksa la kuatkan semangat kan..'Adik' kena sama-sama kuat dengan Ibu yer.
 
Lepas raya ini bermula la tugasan yang lain pasca pru..Moga Ibu diberi kesempatan dan kekuatan untuk menempuhnya. Ibu perasan sejak Ibu mengandung ini, Ibu sudah kurang diberikan tugas pentadbiran melainkan tugasan lain inter sektor. Ibu amat hargai. Tapi Ibu dapat rasakan lepas Ibu bersalin nanti memang tibalah giliran Ibu untuk tugasan yang menanti. Buat masa ini, Ibu perlu siapkan tugasan yang 'pending' supaya tidak menyusahkan orang bila Ibu cuti bersalin nanti. Ameen.
 
Dah lama Ibu xbercerita pasal Abang Muadz dengan Abang Anas. Alhamdulillah bila Ibu mengandung 'Adik' ini baik Abang Muadz mahupun Abang Anas masing-masing faham diorang akan dapat 'adik' xlama lagi. Abang Anas pandai cemburu bila Ibu cakap nanti dah dapat 'Adik' Abang Anas tdo dengan Baba. Terus geleng-geleng kepala. Alhamdulillah. cerdik anak Ibu.
 
Abang Anas sekarang dah pandai bila sebut pasal azan, terus letak tangan dekat telinga. lepas tu terus nak solat. Abang Anas dah pandai rukuk, sujud dan salam dengan syarat Ibu kena pegang berdirikan Anas. tulus betul anak ibu ini. Bila cakap berdoa terus angkat tangan berdoa. Ya Allah, Aku bersyukur dengan anugerahMu ini. Sekarang Adik Fatni ada dekat rumah Mama Wan. Ibu tahu Abang Anas sangat2 teruja tengok Adik Fathi berjalan. Kadang-kadang tu Abang Anas akan kejar dengan walker dia laju-laju. Sekarang pun Abang Anas dah pandai nak turun dari walker sendiri gara-gara Cikgu Muadz ajar. Insyaallah Abang Anas akan boleh berjalan, berlari kan. Jauh disudut hati Ibu memang sedih bila tengok Abang Anas kan tapi Ibu, Baba semua kena kuat semangat untuk Abang Anas. Nanti 'adik' lahir jaga Abang Anas tau..jadi kawan @ perangsang Abang Anas tau. Ameen..
 
Abang Muadz sekarang alhamdulillah banyak sangat peningkatan sejak dah bersekolah ini. Abang Muadz dah banyak hafaz surah. Sekarang dah sampai surah 'quraish'. Alhamdulillah. Semalam Cikgu Imah ada cerita dekat Ibu pasal Abang Muadz. Kebetulan Cikgu Jamaliah guru kelas Muadz g bank jap. Cikgu Imah cakap Abang Muadz mengamuk angkat kerusi nak baling dekat kawan. Terkejut Ibu dengar. Cikgu pun terkejut jugak sampai boleh rekod gelagat Muadz tu. Bila Ibu tengok memang Ibu terkejut la. Cikgu cakap Muadz memang rajin belajar, selalu bercerita dalam kelas, buat kerja sekolah. Kenapa tetiba masa tu marah kawan dia sampai angkat kerusi pun Ibu xfaham. Cikgu cakap mungkin Muadz xsuka kawan2 bising masa belajar tu yg boleh mengamuk tu. Memang hero betol la. Pg2 g sekolah naik tangga ok dah nak masuk kelas menangis. dekat 8 bulan dah masih gelagat pagi2 sama. bila dah belajar ok..tetiba semalam boleh mengamuk. mahu Cikgu xterkejut, Ibu pun terkejut gak.hehhe..Hero betol la anak Ibu ni:).
 
Ibu ambik Abang Muadz semalam bila dah masuk kereta Ibu tanya kenapa buat mcam tu..Senyap je dia. sampai malam xcite. Baba tanya pun xcite. Cuma abang Muadz cakap Muadz dah salam dengan Taufik. Siap cium Taufik lagi..Inilah gelagat yang mencuit hati. Hari ini Ibu xtau lagi cite Abang Muadz dekat sekolah sebab Ibu xsempat nak ambik tadi. Ayah chik yang ambik Muadz. Sat g balik kerja mesti ada cite lagi.hehehhe..Terhibur Ibu.
 
perut Ibu mengeras lagi ini. Esok petang Ibu ada check up.Moga 'adik' baik-baik sahaja. Ibu masih xpasti nak balik kg ke tak raya ini. Bila ingat Abang Muadz kesian pulak bila xbalik kan. Moga Allah berikan kesihatan yang baiik untuk Ibu balik kg dan boleh bawa Abang Muadz dengan Abang Anas jumpa Tok Abah. Ameen..
 
Nanti ada kesempatan Ibu sambung tulis lagi ye.:)