Thursday 19 April 2012

Persidangan

  Rasa yer memang betol la cakap boss baru kena cari hobi selain dari fikir pasal keje. So, buat masa ini Ibu dah jumpa hobi tu iaitu menulis didalam blog ni. Jadi, xde sape nak hirau salah eje ke, margin lari ke, xikut format ke, spacing xde ke, bla bla bla. Sebab ini blog Ibu.hehehhe..

  Bila ingat pasal persidangan ini, hati mesti sayu nak tinggalkan hero2 ku pengarang jantung hati Ibu ini. Siapa lagi kalau bukan Abang Muadz dengan Anas yang handsome tu kan.heheh. Lama lak tu, memang xsanggup nak pergi. dahla jauh nun merentas laut yang xtahan 4 hari tu g sane. Lagi 2 minggu je lagi ni. Adussss. sangat xseronok. Orang lain mungkin seronok la g KK sane, tapi bukan Ibu yang terpaksa meninggalkan hero2 handsome Ibu ni. Tabahla duhai Hati.

  Ibu dijangka pergi ke sane dengan izinNYA 8hb ini, mujur ambik tiket petang at least ada masa main dengan Abang Muadz dengan Anas kan. Tapi yang paling best program katanya start 9hb. Tensen kan. G awal2 rupaye xde apa2 malam tu. Sangat nak mghabiskan duit je. huhu.. terpaksa layan jelah. tapi bes dapat roomate yang besttt.:)

  Selalunya yang part Ibu xberapa suka adalah sesi karoke diatas pentas. Last year kena dah sebab kita budak baru kena ikut psmbahan dan kena nyanyi depan orang. Aduhh. Kalau psembahan unit tu tahan lagi tapi bab kena karoke tu yg xtahan. Patutnya panggilla orang yg memang berminat kan. Bukan xde orang memang ramai yang suka. So, bagi orang yang sepatutnya la kan..Setakat ini untuk akan dtg ni Ibu selamat lagi sebab...

  Tadi Kak E dapat email dari so called penyelaras program, terpilih utk karoke. Mula2 tu terkejut Ibu dengar siap ada pemilihan bagai. Hebat kan. Ada la senarai nama tu antara A pun termasuk sekali. Cian gak dengar.huhuu. Pastu Kak E pun reply email tu sebab memang xde hati nak karoke kan so Kak E pun cakap ada keje lain bla bla. Memang betol pun Ibu setuju la. So, minta pengecualian dan pertimbangan la kan. At least kita ada courtesy minta excuse. Pastu yang paling Ibu rasa sangat sakit hati bila so called tu cakap  semua juga mempunyai beban tugas hakiki. Sedangkan dia la yang paling rilex setakat tgk pc hari2.. Siap cakap karoke tu xformal so xperlukan persiapan. Memang xfahamkan. Ibu dengar Kak E cite pun kita yg rasa sakit hati. Sabar ye kak. Dahla pagi tadi Bos Kak E dok ckp bagi je dekat E tu dia xde keje. ayat apakah itu? Ini lah sikap seorang yang sangat dedikasi kan. Kita yang bawahan ini dipersoalkan kerja sedangkan kita inilah diberikan kerja yang melambak. Bila x inorder kita gak yang kena..Memang kena banyak sabarkan hati. Sabar ye kak. Moga ada sinaryer pas ni. 

  Rasayer semua orang ada masalah kan. Tapi kita xkan berkira pasal kerja cuma yang paling menyakitkan orang xappreciate kerja kita then boleh kata macam2 yang xpatut. Kerja banyak its ok but when the so called environment like that make us down and feeling so little down there. 

  

Wednesday 18 April 2012

Kenangan terindah



Kenangan terindah bersama sahabat@ rakan sekerja yang sangat kamcing memang susah nak lupa. Ibarat satu keluarga. Sejak hampir 4 tahun lebih bersama banyak kenangan dan memori indah tercipta. Di kala keseorangan ditempat yang 'asing' kenangan itu kembali menyapa. Aduh indahnya bersahabat yang susah dicari galang gantinya.


Kak Muz yang bakal menyambut kehadiran cahayamata ke2. Mg selamat semuanya:)


Kenangan breakfast yang best di Kamar Majistret Puan Suzarika..
 Sedihyer, tengok gambar ni. Kak Ika bakal berhijrah ke Dubai mengikut suami katanya. Walaupun hati kecil menidakkan tapi empunya diri merelakan perpisahan ini. Moga keputusan yang akak buat adalah yang terbaik.


Kenangan bersama yang terindah. Sedihyerrrr 

Happy kan muka Kak Nad dan Kak Azah. Seolah-olah masih bersama walau hati memang sayu...
Thanks a lot


Kak tenet di hari jadinya. Tq belanja makan kak.ehheeh. sedap kek tu xboleh lupa :)







Tq Kak Nad upload gambar ini dalam blog.
Suka sangat tengok. Memang besttttt.
Kenangan yang sukar dilupakan..Gambar terakhir sebelum penghijrahan ini..
Rinduu yerrrr semua :(






Inilah 2 insan yang terpilih berada di sini..Muka masih senyum dan ceria menerima takdirNYA.

Kepada sahabat merangkap kakakku terima kasih sangat selalu mendengar cerita, berkongsi suka duka. Moga hubungan ini akan kekal selamanya. 
Semoga kita semua diberkati dan dirahmatiNYA selalu. Ameenn

Monday 16 April 2012

Anas di Kedai Gunting Rambut

Tempat: Sungai Merab
Tarikh :12 April 2012

Jom kita layan gambar:)


Anas sempat pejam mata, sedap kot kena cukur:)


Anas yang cool 


Abang Muadz yang sempat posing dekat kedai.  Siap cakap kalau botak rambut nanti xhandsome xde orang nak kawan dengan dia..hehe. kelakar Abang Muadz kan dik:)


Lawa kan Abang Muadz tangkap gambar;) senyum mamak tu..



Gaya Adik Anas yang pasrah kena peluk dengan Abang Muadz:)





Inilah sumber inspirasi Ibu:)

Thursday 12 April 2012

Cetusan rasa

12 April 2012

Semalam semua orang cuti umum sempena pertabalan YDPA. Jadi, bermulalah rutin housework iaitu membasuh kain agenda utama.eheheh..Alhamdulillah cuaca memang panas, jadi kering semua kain2 itu cuma pending untuk lipat sahaja. Kena cari bibik lipat kain nih.tp bila pk2 balik memang masih xmampu lagi..Jadi, untuk sedapkan hati buatla setakat yang mampu..Mesti ramai yang setuju kan. kan..

Hampir 6 bulan ditempat 'ini' tapi hati masih merindui tempat 'itu'. Masih utuh tersemat di kalbu. Persekitaran and nature of works 100% different. Dulu jarang sangat hadapi masalah bagi arahan pada staf, sekarang memang sangat susah untuk arahan diterima orang. Kita ni bukannya bossy, cuma mengharapkan agar semua orang faham kerja masing2 xperlu sentiasa di follow up. Kesudahannya, kita sendiri yang sudahkan task yang diberi. Sabarla duhai hati :)

Sehingga kini, masih menunggu dan terus menunggu masih adakah sinar untuk kembali ke tempat 'itu'. Memang benar kata orang xsalah untuk menaruh harapan..Biarla masa yang menentukan tapi jauh di sudut hati menanti saat kembali ke tempat 'itu'.. Aduhaiiii, rinduye kerja bersama kawan-kawan di tempat 'itu'....


Monday 2 April 2012

Percutian

Alhamdulillah hari ini sudah menjangkau bulan April. Hampir 6 bulan di tempat baru dengan suasana kerja yang baru. Sangat2 berbeza dengan tempat yang dahulu..Kenangan 4 tahun di sana masih tersemat utuh di kalbu:). Hari ini Ibu dapat bos baru. Berdebar semacam je ingat kena buat 'courtesy call' macam di tempat lama. Rupa-rupanya dia memang xnak jumpa Ibu dan yang sewaktu dengannya. Hanya big boss sahaja dulu.huhu. So, faham2 jelah kita ni xsepenting mana, so tunggu mesyuarat nanti la sesi berkenalan. Lagi senang begitu. Betul la kata orang 'masuk kandang kambing mengembek, masuk kandang lembu ......' Ibu xingat la.hehehehhe

Itu xpenting pun.hehee. Yang best 31 Mac - 1 Apr 2012, Ibu, Muadz, Anas, Baba dan Atuk sekeluarga kita pergi bercuti di Bukit Merah. walaupun xjauh mane, tp sangat seronok bila dapat bercuti bersama.. main-main air, makan besar.heheeheh.

Anas memang paling suka dengan air contra betul dengan Abang Muadz. Mula2 takut Baba dengan bes yer bawa Abang Muadz masuk dalam air. Menjerit2 Abang minta tolong dik. Cian Ibu tengok, tapi bagus jugak nak bagi Abang lebih berani kan. Nanti Ibu upload gambar tau. Bila dah lama baru Abang berani, siap cakap dengan Ibu, Muadz jalan atas air. kelakar la teletah Abang Muadz kan dik.

Anas memang suka sangat dapat air. Girang, tersenyum sorang2. Alhamdulillah Ibu dikurniakan keluarga yang bahagia.. Ameen..

Pengalaman pertama bila dalam perjalanan balik, Achu Achik bawa kereta Atuk. Wow, memang hebat adik2 ku. Moga kalian berjaya belajar ke menara gading yer..Ameen..

Masa nak balik memang terasa jauh dan sesak teruk. Accident lagi bertambah2 la sesak. Kita sampai dalam pukul 9 malam. Anas memang dah tdo. Abang Muadz sesi bermanja la dia masa adik tidor. Lepas semua dah terlelap tdo, tugas Ibu pun bermula menggosok baju.huhu..

Alhamdulillah, pantas masa berlalu..
Moga kita akan menjadi hambaNYA yang lebih bersyuku dengan kehidupan kita sekarang. Ameen :)