Monday 2 April 2012

Percutian

Alhamdulillah hari ini sudah menjangkau bulan April. Hampir 6 bulan di tempat baru dengan suasana kerja yang baru. Sangat2 berbeza dengan tempat yang dahulu..Kenangan 4 tahun di sana masih tersemat utuh di kalbu:). Hari ini Ibu dapat bos baru. Berdebar semacam je ingat kena buat 'courtesy call' macam di tempat lama. Rupa-rupanya dia memang xnak jumpa Ibu dan yang sewaktu dengannya. Hanya big boss sahaja dulu.huhu. So, faham2 jelah kita ni xsepenting mana, so tunggu mesyuarat nanti la sesi berkenalan. Lagi senang begitu. Betul la kata orang 'masuk kandang kambing mengembek, masuk kandang lembu ......' Ibu xingat la.hehehehhe

Itu xpenting pun.hehee. Yang best 31 Mac - 1 Apr 2012, Ibu, Muadz, Anas, Baba dan Atuk sekeluarga kita pergi bercuti di Bukit Merah. walaupun xjauh mane, tp sangat seronok bila dapat bercuti bersama.. main-main air, makan besar.heheeheh.

Anas memang paling suka dengan air contra betul dengan Abang Muadz. Mula2 takut Baba dengan bes yer bawa Abang Muadz masuk dalam air. Menjerit2 Abang minta tolong dik. Cian Ibu tengok, tapi bagus jugak nak bagi Abang lebih berani kan. Nanti Ibu upload gambar tau. Bila dah lama baru Abang berani, siap cakap dengan Ibu, Muadz jalan atas air. kelakar la teletah Abang Muadz kan dik.

Anas memang suka sangat dapat air. Girang, tersenyum sorang2. Alhamdulillah Ibu dikurniakan keluarga yang bahagia.. Ameen..

Pengalaman pertama bila dalam perjalanan balik, Achu Achik bawa kereta Atuk. Wow, memang hebat adik2 ku. Moga kalian berjaya belajar ke menara gading yer..Ameen..

Masa nak balik memang terasa jauh dan sesak teruk. Accident lagi bertambah2 la sesak. Kita sampai dalam pukul 9 malam. Anas memang dah tdo. Abang Muadz sesi bermanja la dia masa adik tidor. Lepas semua dah terlelap tdo, tugas Ibu pun bermula menggosok baju.huhu..

Alhamdulillah, pantas masa berlalu..
Moga kita akan menjadi hambaNYA yang lebih bersyuku dengan kehidupan kita sekarang. Ameen :)


1 comment:

  1. fuiyoooooooo yatt dah ada belog!!! bestnyaa lepas rindu kat yattt!!

    ReplyDelete