Showing posts with label Cetusan rasa. Show all posts
Showing posts with label Cetusan rasa. Show all posts

Thursday, 19 April 2012

Persidangan

  Rasa yer memang betol la cakap boss baru kena cari hobi selain dari fikir pasal keje. So, buat masa ini Ibu dah jumpa hobi tu iaitu menulis didalam blog ni. Jadi, xde sape nak hirau salah eje ke, margin lari ke, xikut format ke, spacing xde ke, bla bla bla. Sebab ini blog Ibu.hehehhe..

  Bila ingat pasal persidangan ini, hati mesti sayu nak tinggalkan hero2 ku pengarang jantung hati Ibu ini. Siapa lagi kalau bukan Abang Muadz dengan Anas yang handsome tu kan.heheh. Lama lak tu, memang xsanggup nak pergi. dahla jauh nun merentas laut yang xtahan 4 hari tu g sane. Lagi 2 minggu je lagi ni. Adussss. sangat xseronok. Orang lain mungkin seronok la g KK sane, tapi bukan Ibu yang terpaksa meninggalkan hero2 handsome Ibu ni. Tabahla duhai Hati.

  Ibu dijangka pergi ke sane dengan izinNYA 8hb ini, mujur ambik tiket petang at least ada masa main dengan Abang Muadz dengan Anas kan. Tapi yang paling best program katanya start 9hb. Tensen kan. G awal2 rupaye xde apa2 malam tu. Sangat nak mghabiskan duit je. huhu.. terpaksa layan jelah. tapi bes dapat roomate yang besttt.:)

  Selalunya yang part Ibu xberapa suka adalah sesi karoke diatas pentas. Last year kena dah sebab kita budak baru kena ikut psmbahan dan kena nyanyi depan orang. Aduhh. Kalau psembahan unit tu tahan lagi tapi bab kena karoke tu yg xtahan. Patutnya panggilla orang yg memang berminat kan. Bukan xde orang memang ramai yang suka. So, bagi orang yang sepatutnya la kan..Setakat ini untuk akan dtg ni Ibu selamat lagi sebab...

  Tadi Kak E dapat email dari so called penyelaras program, terpilih utk karoke. Mula2 tu terkejut Ibu dengar siap ada pemilihan bagai. Hebat kan. Ada la senarai nama tu antara A pun termasuk sekali. Cian gak dengar.huhuu. Pastu Kak E pun reply email tu sebab memang xde hati nak karoke kan so Kak E pun cakap ada keje lain bla bla. Memang betol pun Ibu setuju la. So, minta pengecualian dan pertimbangan la kan. At least kita ada courtesy minta excuse. Pastu yang paling Ibu rasa sangat sakit hati bila so called tu cakap  semua juga mempunyai beban tugas hakiki. Sedangkan dia la yang paling rilex setakat tgk pc hari2.. Siap cakap karoke tu xformal so xperlukan persiapan. Memang xfahamkan. Ibu dengar Kak E cite pun kita yg rasa sakit hati. Sabar ye kak. Dahla pagi tadi Bos Kak E dok ckp bagi je dekat E tu dia xde keje. ayat apakah itu? Ini lah sikap seorang yang sangat dedikasi kan. Kita yang bawahan ini dipersoalkan kerja sedangkan kita inilah diberikan kerja yang melambak. Bila x inorder kita gak yang kena..Memang kena banyak sabarkan hati. Sabar ye kak. Moga ada sinaryer pas ni. 

  Rasayer semua orang ada masalah kan. Tapi kita xkan berkira pasal kerja cuma yang paling menyakitkan orang xappreciate kerja kita then boleh kata macam2 yang xpatut. Kerja banyak its ok but when the so called environment like that make us down and feeling so little down there. 

  

Wednesday, 18 April 2012

Kenangan terindah



Kenangan terindah bersama sahabat@ rakan sekerja yang sangat kamcing memang susah nak lupa. Ibarat satu keluarga. Sejak hampir 4 tahun lebih bersama banyak kenangan dan memori indah tercipta. Di kala keseorangan ditempat yang 'asing' kenangan itu kembali menyapa. Aduh indahnya bersahabat yang susah dicari galang gantinya.


Kak Muz yang bakal menyambut kehadiran cahayamata ke2. Mg selamat semuanya:)


Kenangan breakfast yang best di Kamar Majistret Puan Suzarika..
 Sedihyer, tengok gambar ni. Kak Ika bakal berhijrah ke Dubai mengikut suami katanya. Walaupun hati kecil menidakkan tapi empunya diri merelakan perpisahan ini. Moga keputusan yang akak buat adalah yang terbaik.


Kenangan bersama yang terindah. Sedihyerrrr 

Happy kan muka Kak Nad dan Kak Azah. Seolah-olah masih bersama walau hati memang sayu...
Thanks a lot


Kak tenet di hari jadinya. Tq belanja makan kak.ehheeh. sedap kek tu xboleh lupa :)







Tq Kak Nad upload gambar ini dalam blog.
Suka sangat tengok. Memang besttttt.
Kenangan yang sukar dilupakan..Gambar terakhir sebelum penghijrahan ini..
Rinduu yerrrr semua :(






Inilah 2 insan yang terpilih berada di sini..Muka masih senyum dan ceria menerima takdirNYA.

Kepada sahabat merangkap kakakku terima kasih sangat selalu mendengar cerita, berkongsi suka duka. Moga hubungan ini akan kekal selamanya. 
Semoga kita semua diberkati dan dirahmatiNYA selalu. Ameenn