Tuesday 23 October 2012

Banyak kali Ibu tengok blog ni, hati melonjak2 untuk menulis tapi akal rasa macam xtertulis@ xlarat dalam erti kata lain malas nak menaip.hehhe...dalam xsedar dah setahun dah Ibu dekat cni.Memang semua orang cakap sekejap yer. Ibu yang rasa betapa best yer dekat cni..hehhee. Alhamdulillah, sekarang dah boleh ikut rentak kerja dekat cni. Makin kenal ramai orang makin tahu perangai masing2..Makin Ibu dah boleh terima hakikat kerja di sini..So, setiap hari Ibu kena cari keseronokan untuk bekerja di sini supaya hari2 Ibu rasa happy datang kerja..hehehe..
 
sebenarnya banyak Ibu nak tulis dalam ni, tp macam xterluah jer..Ekzema Adik Anas naik balik. Sebenarnya lama dah xnaik macam kali ni. Ibu la ni, saja nak cuba natural produk. Ibu masuk group Natural Healing For Asthma dekat fb. Ibu pun join la discussion diorg nih untuk gunakan produk yang natural cthnye Buds Organic, MooGoo. Sekarang ni adik Anas pakai elomet tuk kaki. siapa yang xnak anak sihat kan bila tahu ubat yang Anas pakai chemical la stereoid pulak tu. Jadi, Ibu pun order online produk Buds Eczema Rescue Kit ni. 17hb hari tu, Ibu pun dapat la 2 produk tuh..
 
 
Inilah dia..
 

Jadi, weekend hari tuh Ibu pun gunalah sabun dengan lotion tu untuk Adik Anas..Ibu tengok berair basah je kulit adik, dalam hati Ibu cakap ni mesti adjustment period kot.So, xpelah, gunala dulu. Ahad malam Isnin macam lagi teruk. Masa Ibu hantar adik dekat rumah Mama Wan muka adik nampak bengkak@ sembap je. Lepas Ibu balik kerja semalam Mama Wan bagitahu Mama Wan guna elomet tu balik sebab cian dekat Anas macam gatal, xboleh nak tidor sangat..Ibu faham memang cian dekat Mama Wan sebab Adik Anas ni kalo tidor memang sangat sekejap.15 minit paling lama sejam..so, bila dah pakai elomet tu, memang Ibu akui ada perubahan la.Nampak adik Anas dah ok cikit kurang garu..Malam tadi pun Ibu pakaikan jugak krim tuh..
 
Maaf ye dik, Ibu ingat adik Anas serasi dengan Buds tu.Ibu nak cuba yang natural rather than chemical tu dik.Mungkin terlalu awal Ibu buat kesimpulan kan..Tapi sebenarye Ibu xsanggup tengok Adik Anas garu2 kaki..Ibu rasa bersalah sangat...Nak buat camner kan, mungkin belum serasi lagi..Cian Adik Anas kan..Maafkan Ibu ye salah percaturan..Rasaye lepas ni Ibu akan lebih berwaspada tuk guna pape produk baru tuk adik. Ibu cuma Adik Anas cepat sihat yer..
 
Hati seorang Ibu yang sentiasa mahu kan Anas sihat dan membesar macam kanak-kanak yang lain..InsyaAllah, moga Ibu sentiasa diberi petunjuk dalam membesarkan adik Anas.. Sayang Anas:)

4 comments:

  1. moo goo ngan buds ni kawan akak pun pakai gak yat, tp xtau la hasil dia cemana pulak.rasanya berasaskan bahan semulajadikan?betul, ibu mana x nak anak dia sehat kan, kalau lah kata boleh petik bintang kat langit nak bg sembuh pun kita akan usahakan sehabis mampu, sabar ye yat, insyaAllah buah kesabaran tu nanti adalah kejayaan, sama2 kita insyaAllah..

    ReplyDelete
    Replies
    1. insyaAllah..tq kak..Ibu kan memang nak anak sentiasa sihat.doakan ye kak..

      Delete
  2. Anak saya pun ekzema dan astma. Tapi ekzema tak terlalu teruk, cuma asthma lah yg tak larat. saya siap beli mesin nebulizer kat rumah. tapi ekzema tu, dokter bagi krim biasa saja yg ada kandungan steroid sikit. ada dokter kata steroid tak bagus utk kulit, akan menipiskan whatsoever.tp anak saya ok dgn krim mcm tu. saya hantar anak pergi urut kat sorang tkg urut ni.alhamdulillah lepas urut, sebulan tak asma langsung. ekzema pun takde. tapi lepas tu astma balik. may be kena urut lagi. dokter kata, maybe alahan pada makanan menyebabkan ekzema. anak saya nak masuk 5 thn. just suggesting, bawa berurut. gudluck. :-)

    ReplyDelete
    Replies
    1. tq puan..sebelum ni sy pernah bawa anak pergi mengurut..insyaAllah, akan sy teruskan tabiat mengurut.tq atas nasihat dan cadangan puan :)

      Delete