Friday 8 June 2012

Minggu Rehabilitasi Anas

30 Mei 2012
Occupational Therapy

Ibu baru je masuk opis semalam. Agak lama jugak Anas xpergi 'OT' kan dik, Sorry ye sebab Ibu ada Kursus 2 minggu dengan Conference lagi. Semua tergendala Anas punya jadual rehabilitasi. Susah Ibu nak escape. Sorry ye dik. So, hari ini Ibu masuk lambat sebab nak pergi 'OT' Anas. Alhamdulillah bos luluskan Ibu masuk lambat cikit..Bersyukur sangat2 sebab lepas ini memang Ibu akan selalu lagi minta excuse masuk lambat .hehehee. Don't worry boss, saya akan ganti balik masa tu dengan kerja saya yang bagus..:) InsyaAllah.

Cuma pagi tadi masa bangun tidor, Abang Muadz nak ikut Adik kan. Ibu xbagi sebab macam payah cikit Ibu nak bawa Abang Muadz. Nanti lain kali Ibu bawa Abang Muadz ye teman Adik Anas tau.
Cikgu Anas cakap Anas dah besar. Alhamdulillah, Adik Anas dah setahun 5 bulan. Cepat kan masa dik..Mula-mula Cikgu ajar Anas duduk. Alhamdulillah, Anas kuat sikit berbanding sebelum ini. Seronok Ibu Anas dah xmenangis macam selalu sangat. Kan anak Ibu dah besar:)

Lepas dah ajar duduk, Cikgu Anas ajar Anas suruh berdiri. Kaki Anas dah kurang bersilang dah. Kalau tak Ibu memang susah hati dik. Alhamdulillah.


Nama baby dekat belakang tu Muadz Mikhail. Baru 9 bulan. Moga Adik Muadz Mikhail cepat sihat..

Habis berdiri, Cikgu masukkan Adik Anas dalam kolam bola ini. (sesuai ke dipanggil nama tu..heheehe..Ikut suka hati Ibu je kan). Dulu, bila nampak je kolam bola tu Adik Anas mesti menangis. Tadi pun mula-mula Adik dah nangis dah. Ibu saja xnak ambik, nak tengok reaksi Adik Anas..So, bila dah masukkan lama-lama cikit Adik Anas semakin ok..Cikgu dudukkan Adik dalam kolam tu, Anas dah cool. So, bila Ibu cakap senyum, pandai pulak Adik Anas ini senyum..heheh..Bijak anak Ibu. :)



Masa ini xtenggelam lagi dengan bola-bola tu. Boleh posing lagi la kan:)



Masa ini hampir hanyut dah. Tapi masih cool xmenangis kan.. 


1 Jun 2012
Fisioterapi 

Hari ini, Ibu cuti sebab Anas nak pergi fisio pulak. Kebetulan Mama Wan nak balik kampung, jadi Ibu pun bawa la Abang Muadz pergi ikut sekali teman Adik Anas kan. Baba hantar dekat hospital, nanti balik Baba ambik sebab Baba adik Anas ni memang sangat sibuk. Hehehee. Jangan marah Baba :) Hari ini Baba ada farewell CC sebab bersara  jadi Baba datang kul 10 nanti ambik kita.

Adik Anas orang pertama sampai. So, semua orang dekat situ main dengan Anas dulu sebelum diorang siapkan tempat untuk fisio. Semua orang dekat situ cakap Anas Ibu ini dah besar lagi. Bila orang tengok dia, Anas pun senyum. Bagus Adik Anas ini suka senyum. Pemurah tau.heheehe.. Fisio ini Anas kena belajar untuk tegakkan kepala. Bila Anas kena buat mata tu, mata dok pandang orang lain. Pernah sekali dulu, Anas pandang je aunty yang tengah buat fisio sampai dia pun perasan. Sudah ye masa Anas nak buat fisio dia nangis pulak. Nanti bila Adik Anas dah besar boleh la Anas baca coretan Ibu ni tau.


Masa ini Adik Anas kena belajar tuk tegakkan kepala. Tapi mata dia dok tengok orang lain. Cian Ibu tengok student praktikal ini pegang Anas sebab Anas keraskan badan melawan xnak tegak..Bila dah lama-lama baru Adik Anas nak buat. Cikgu fisio Anas cakap head control Anas dah semakin ok. Alhamdulillah.

Aktiviti Fisio Anas seterusnya belajar berdiri. Cikgu fisio Anas ada ajar Ibu. Bagusla jugak Ibu dapat ilmu baru. Memang Ibu akan buat dekat rumah la pasni kan dik.. Selesai aktiviti, Anas kena berdiri dekat so called atas katil. Ibu ada ambik gambar Anas. 



Mata Anas dok melilau tengok orang nak ikat dia.



Siap angkat tangan Anas nak tunjuk



Akhirnya, Anas berjaya berdiri Ibu.


Muka gembira lepas habis habis fisio:)

4 comments:

  1. yat muka secetak awak la anak2mu nih..like mother like son sgt!!!
    berkat kesabaran awak menjaga anak2 dengan baik sebegini,insyaAllah anak2 awak akan menjaga awak dgn baik kelak.amiin.

    ReplyDelete
    Replies
    1. hehehe..anak-anak penghibur duka lara kan kak..So, sebagai ibu bapa kita memang kena kuat semangat jaga anak-anak ni..Mudah-mudahan anak-anak kita pun dapat jaga kita kelak.:)Ameennn

      Delete
  2. comel sgt anas...
    gud boy anas! keep it up... nnt boleh sama2 lari dgn fawwaz yg masih 'malas' blaja jln....

    ReplyDelete
    Replies
    1. Tq kak ikin..nanti Anas main kejar2 dengan Fawwaz eh. Sorry eh kak xdapat datang tadi..

      Akak, take care :)

      Delete