Friday 22 March 2013

Cepatnya masa berlalu. Sedar tak sedar hari ini penghulu segala hari iaitu hari jumaat. Hari yang penuh barakah. Kadang-kadang Ibu terfikir sejauh mana Ibu menghayati hari jumaat ini. Moga hari ini Ibu jadi lebih baik dari semalam kan. Ameen.
 
Sekarang dah pukul 6.10 petang. Ibu masih di pejabat menunggu Baba yang sibuk mesyuarat. Sabar la kan wahai hati:)
 
Sebenarnya dah lama Ibu xcoretkan kisah Abang Muadz dengan Adik Anas. Alhamdulillah, semuanya semakin sihat. Abang Muadz sedar xsedar dah nak masuk 4 bulan bersekolah. Alhamdulillah banyak sangat perkembangan positif Ibu dengan Baba tengok. Kadang-kadang masa tengah main Abang Muadz boleh baca doa, ulang balik apa yang Ustazah ajar dekat sekolah. Memang Ibu bersyukur sangat Abang Muadz seronok sekolah dan cepat belajar. Sekarang ini bila dalam kereta je, suruh Baba kejar kereta depan untuk baca nombor plat kereta. Seronok Ibu tengok. Paling Ibu sejuk hati Abang Muadz dah pandai baca Iqra. Sekarang Iqra 2. Alhamdulillah.. Cuma, bila tiap kali nak pergi sekolah Abang Muadz akan diam je dalam kereta dan sampai dekat sekolah menangis. Ustazah cakap Abang Muadz menangis sekejap je. Dia nak masuk kelas terus belajar, xpayah beratur terus buat kerja..Memang tabik spring la Ibu dekat Abang Muadz ini. Bila dah start belajar Abang Muadz akan diam dan xmenangis lagi. Macam2 kerenah anak ini.
 
Dekat sekolah makanan disediakan, yang xbest yer Abang Muadz memang xakan makan dekat sekolah. JAdi, bila balik rumah @ dalam kereta memang kelaparan la walaupun Ibu dah bawa roti ke biskut ke mesti xmakan dekat sekolah. Ermmm, xpelah Abang Muadz janji Abang Muadz pergi sekolah bercampur dengan orang lain.
 
Adik Anas pula sekarang memang dah makin bijak. Xboleh kena tinggal langsung. Bila Abang Muadz nak pergi sekolah, Ibu dengan Baba nak pergi kerja mesti menangis. Pantang orang pakai baju lawa2 sikit xbawa dia memang menangis. Kadang2 pandang Ibu macam suruh faham bawalah Anas sama. Ibu faham dik..Anak syurga ini memang sangat istimewa..
 
Adik Anas ini pun kuat cemburu bila Abang Muadz main dengan Ibu. pernah satu masa tu siap tarik rambut Abang Muadz lagi. Mengalah je Abang..Bagus2..hehehe..Fisio Anas masih Ibu teruskan hujung minggu ikut kelapangan Baba. Alhamdulillah banyak peningkatan dan Ibu kena rajin buat latihan dekat rumah untuk Adik Anas. Dr Sham cakap Anas bagus sangat dia faham apa orang cakap. Alhamdulillah..Moga Ibu dengan Baba sentiasa sihat dan kuat semangat untuk besarkan Abang Muadz dan Adik Anas.
 
Nanti ada kelapangan Ibu sembang lagi pasal permata hati Ibu ini..InsyaAllah..Sayang Abang Muadz dengan Adik Anas:)

No comments:

Post a Comment