Wednesday 13 March 2013

SABAR....

Perkataan yang sangat mudah untuk disebut, diucap tapi kadang-kadang amat payah untuk Ibu buat. Alangkah mudahnya bila Ibu dapat selalu bersabar dengan kerenah @ gelagat manusia ini. Kadang-kadang bila sabar sudah hilang, jadi anak-anak tempat meluah rasa. Kesian diorang..
 
Agaknya nak capai tahap SABAR dalam semua benda ini mesti dalaman seseorang tu sangat kuat. Maksudnya mesti hubungan dia dengan ALLAH sangat dijaga. Solat xtinggal, solat malam, puasa sunat. Memang jauh sangat dengan Ibu. Bila Ibu teringat Prof. Muhaya  cakap kena selalu positif dan sentiasa ingat syurga untuk  inspirasi menjadi solehah.
 
Bila kita "Takut hanya pada ALLAH", Insya Allah semua perkara akan senang dan tidak jadi masalah..Satu lagi, Ibu rasa nak didik hati untuk lebih BERSABAR kena banyakkan diam dan kurang bercakap walaupun dalam hati. Bila kita start bebel dalam hati maksudnya kita memang xsabar. Setiap orang mungkin berbeza pandangannya, tapi ini yang Ibu dapat simpulkan daripada pengalaman Ibu sendiri.
 
Moga Ibu sentiasa diberikan sifat SABAR dalam semua benda yang Ibu buat. SABAR mendidik  anak-anak, SABAR dalam rumah tangga, SABAR semasa bekerja dan SABAR dalam semua hal..Ameen..

2 comments: