Thursday 13 September 2012

Terapi Anas

Masa bulan puasa baru ni Ibu saja google pasal terapi Anas. Saja je Ibu nak tau cara@ kaedah@ tempat lain untuk terapi Anas. Lepas tu, Ibu terjumpa satu blog http://yongnoina.blogspot.com/ ini, memang sangat membantu. Perasaan jadi Ibu memang susah digambarkan lagi2 bila anak xsihat, memang hati Ibu ijni Allah je yang tahu. Bila Ibu baca blog Aunty Ina ini memang sangat tabah orang yer. Anmasa ak dia Nabila, cute sangat sebaya abang Muadz..Siap Ibu add dan pm dia untuk call Aunty Ina nak tahu pasal terapi Dr. Sham.

Alhamdulillah, xlama tu Ibu dapat nombor dan Ibu saling berhubung dengan Aunty Ina. Alhamdulillah, Aunty Ina pun add Ibu masuh group 'SuperMum and SuperDad' dalam facebook..Banyak Ibu tahu cerita Ibu dan Ayah yang tabah menghadapi dan membesarkan anak2 ahli syurga ini dengan penuh kasih sayang..Subhanallah..

Bila dah call, rupa2nya Nabila ini anak Aunty Ina. Dr cakap HIE Stage 3. Anas Dr ckp Stage 2. Ibu pun xnak tahu apa maksudyer. Biarla kategori yg Dr bagtahu tu. Cukuplah, setakat itu, Ibu xnak tahu yang lebih..Aunty Ina cerita yang Nabila ini xberapa nampak tp alhamdulillah sekarang ada peningkatan dan dah mula tunjukkan respon pada cahaya. Allahuakbar ujianMU pada hamba ini sangatlah kecil berbanding orang lain. Aunty Ina kerja dekat Arkib Negara, memang dekat sangat dengan tempat kerja lama Ibu. dan Allah ketemukan Ibu dengan Aunty Ina masa Ibu dekat tempat kerja baru ini. Inilah ketentuan dariNYA..Logik akal kita cakap kalaulah Ibu jumpa Aunty Ina masa dekat tempat lama Ibu mesti banyak yang Ibu boleh kongsi dengan Aunty Ina..Inilah yang xsepatutnya terlintas di hati kita. Allahuakbar...Terima kasih Ya Allah.

So, Ibu pun call Klinik Terapi Dr Sham untuk aturkan temujanji untuk Adik Anas. Alhamdulillah, semua dipermudahkan. Tanggal 11 Ogos 2012 Ibu, Baba dengan Abang Muadz memang keluar awal untuk cari klinik tu dekat Plaza Pekeliling, Jalan Tun Razak. Alhamdulillah, Dr. Sham sangat membantu dan dia pegang Anas. Dr. Sham cakap mana you sembunyi sebelum ni. Ibu pun cakap saya xtau klinik Dr ni. Ibu tahu pun dr blog dengan facebook. So, Dr pun cakap you dah wasting 1 tahun 7 bulan dah masa sebelum ini. Memang bergenang dik Ibu dengar..Xpe, Dr. Sham akan ajar basic exercise tuk Adik Anas. Memang totally beza dengan terapi dekat hospital.

Hati Ibu yang sangat tersentuh dan terusik bila Adik Anas buat terapi tu dengan nangis2 lagi. Aduhai...Allah je yang mengetahui segalanya..Mula2 Dr Sham ajar patterning..terkial2 gak Ibu nak fhm dik..pastu ajar hanging Anas dgn bola terapi..ibu pun dah beli bola terapi untuk Anas tu.pastu masking suruh Anas bernafas dlm plastik dalam seminit.mmg kalo org tgk mcm kejam dik, niat Ibu nk stimulate Anas..Sebenarnya Ibu ada ambik video tuk semua terapi yang adik Anas buat tu tapi payah sangat nak update dgn Ibu yang xberapa reti ni. InsyaAllah Ibu ingat dan kalau lupa nanti Ibu tengok balik eh video tu dik.

Dr Sham suruh datang lagi 12 Ogos (Ahad) sebab masa raya nanti dia nak fly g Australia tengok anak dia yang ambik fisioterapi jugak. Masa ni lagi banyak benda Dr Sham ajar. Suruh stimulate Anas dengan ais la, bagi ajar pegang barang. Masa ini memang lagi kuat Anas menangis dari semalam punya terapi. Alhamdulillah. So, skrg ni Ibu memang kena consistent tuk buat terapi Anas dekat rumah nnti. InsyaAllah, Mg Allah beri kekuatan pada Ibu dan Baba untuk teruskan terapi Anas lagi.

Alhamdulillah, Ibu akui memang Anas agak delay development dengan rakan seusia dia yang sudah menjangkau 1 tahun 9 bulan. Itu hakikat yang Ibu kena admit.

Rancangan Majalah TV3 (lupa la siaran bila) yang story pasal 'anak-anak ahli syurga' memang bagi banyak kesedaran pada Ibu dengan Baba.Bila tengok reaksi @ penerimaan Ibu dengan Ayah anak-anak tu memang sangat bagus wpun diorg non muslim. Lagi buat Ibu dengan Baba celik mata dan minda. Ibu ingat one of them ada cakap, cukuplah kalau anak saya dapat menunjukkan perkembangan atau dalam kata lain anak dia develop dari sehari ke sehari pun dia dah sangat bersyukur. Allahu Akbar..Semangat ini yang Ibu dengan Baba kena ada untuk besarkan dan stimulate Adik Anas kan. InsyaAlllah, ku rindukan pimpinanMu..

Alhamdulillah, Adik Anas memang sangat faham bila Ibu ke Baba atau orang lain cakap dengan Adik Anas kan. contohnya, bila Adik Anas menyusu then Ibu cakap sudah sudah..Adik main dengan Abang Muadz eh, then Adik Anas pun terus lepaskan menyusu. Alhamdulillah..

Bila Ibu ajar adik Anas mana mata, hidung etc Adik dah pandai tunjuk.Memang Ibu sangat2 bersyukur..Lagi2 bila Ibu dengan Abang Muadz baca doa@ mengaji, Adik Anas akan ikut Ibu cakap dengan gaya dan bahasa adik tapi Ibu faham sebenarnya Adik Anas memang tengah ikut Ibu mengaji @ baca doa kan. Alhamdulillah. Sekarang ini Ibu memang kena stimulate adik Anas tuk kuatkan tangan bagi boleh tahan@ tongkat tangan lama dari biasa. Adik Anas pun dah banyak gunakan tangan menggenggam barang, ambik barang. So, Adik Anas dah faham macam mana nak guna tangan dengan betol. Cuma adalah sesekali tangan Adik Anas xnak lurus. Ibu kena tegakkan tangan Adik Anas. So, key word untuk Adik Anas ini kena kerap bercakap, stimula adik Anas kan. InsyaAllah ye dik, kitaBukanlah niat Ibu cerita nak cakap Adik Anas dah ok sepenuhnya, alhamdulillah Anas dah banyak peningkatan.

Macam wekend baru ini, Ibu buat masking dekat adik Anas tuk bernafas dalam plastik dalam masa seminit. Memang mula2 adik menangis tapi bila Ibu buat seterusnya Adik Anas dah mula faham..Kurang dah menangis..

Tadi Ibu call Miss Karen tuk book appointment fisioterapi Anas Sabtu ni. InsyaAllah nnti kt pergi sama-sama ye dik. Sebab ini jugakla Ibu dapat excuse dari boss untuk join family day..Moga Ibu, Baba dan Abang Muadz akan sama-sama stimute adik Anas untuk terus kuat dan boleh duduk, berjalan dan bermain dengan Abang Muadz kan. Ameeennnn:)
 
 

6 comments:

  1. Wahhh nak kerusi yg anas duduk tu juga..

    ReplyDelete
  2. Kerusi jari tu kak.hikhikhuk...jemputla dtg rumah:-)

    ReplyDelete
  3. Harus akan tiba jua suatu hari nanti.. haha

    ReplyDelete
    Replies
    1. Hehhe..harus akan dijemput. Moga2 dapat rezeki lebih kan..hehehhee

      Delete
  4. yatt!suka ai baca cerita you yat,updet lagi banyak2 esp pasal anas, soo inspiring yat.supaya akak lebih menghargai apa yg akak ada, apa yg Allah beri pada kita, suami,anak2,kluarga, kawan2, bukan percuma..semuanya pinjaman kan Yat,supaya kita sentiasa bersyukur dgn hati dan lisan dan fizikal, dan jadi lebih baik dari diri kita sekarang.Kita yg sekarang ni serba kekurangan dan selalu bajet bagus sedangkan kita ni bukan sesapa pun,bila Allah beri kita ujian,kita lebih sedar siapa kita kan yat..insyaAllah yat, sama2 kita Yat!chaiyok2!hug n kisses Anas n muadz!!

    ReplyDelete
    Replies
    1. menitis air mata saya kak baca komen akak ni.huhu..memang kt kena kuat kak wpun dlm hati ni selalu pk mcm2.tawakal kt padaNYA kan.mmg Allah pinjamkan tuk kita semua benda tapi kita sbg hamba mesti selalu rasa yg kita ada tu hak kita kan..sy harapo sgt supaya sy boleh bersyukur bukan stkt mulut je tapi hati pun kena turut ikut sama kan..ameeenn..thanks a lot kak..:)

      Delete