Friday 13 July 2012

12 Julai 2012

Ibu cuti lagi. Rasanye Ibu macam banyak cuti je sekarang. tapi best jugak kan dapat bersama-sama Abang Muadz dengan Adik Anas kan.:) Semalam kita semua pergi hantar Mak Long dekat KLIA kan. Awal subuh kita dah gerak sebab Ibu xsempat nak tidor rumah Atok semalam. Mak Long dengan Pak Long nak pergi Umrah. Macam Abang Muadz cakap nak pergi Mekah. Seronok tengok diorang pergi. Aqilah, Afiqah dan Zaiem semua tinggal dengan Opah dan Atok. InsyaAllah diorg semua baik-baik belaka. Nanti weekend Abang Muadz dengan Adik Anas datang kan rumah opah main dengan diorang. Ibu kagum tengok Kakak Afiqah, Aqilah semua xnangis semalam kan. Anak-anak ini faham Ummi dengan Abah nak pergi beribadat. Inilah Kuasa Yang Maha Esa.

Alhamdulillah pagi tadi Atok call Ibu cakap Mak Long dengan Pak Long dah sampai Madinah jam 3.30 petang waktu sana. dekat Malaysia jam 8 lebih. Moga Mak Long dengan Pak Long beroleh umrah maqbulallah. Insyaallah.

Teringat Ibu tanggal 3 Jun 2011 yang lalu, telah genap setahun Ibu dengan Baba ke sana. Masa itu Abang baru 2 tahun lebih, adik pula 5 bulan lebih. Memang sayu tinggalkan anak. Alhamdulillah sampai dekat sana, memang sangat tenang. InsyaAllah nanti Ibu dengan Baba bawa anak-anak Ibu pulak kan. Ya Allah murahkan rezeki kami untuk beribadat ke rumahMU dan menziarahi KekasihMu lagi Ya Allah.

Lepas selesai Mak Long dan Pak Long check in, kita semua balik rumah Atok. Abang Muadz seronok sangat main dengan kakak Aqilah, Afiqah. Adik Anas pula dok main dengan Zaiem sampai akhirnya tertidor. Cuma Abang Muadz dengan Kakak Afiqah yang masih tahan bermain.hehheeheh


Masa ini Muadz bergambar dengan Kakak Aqilah dan Afiqah. (Raya tahun lepas:)

Lepas lunch, kita balik sebab Wak telefon ada orang nak pasang kabinet dapur. Huhuhu. Xboleh Ibu nak duduk lama rumah opah kan. Macam tahu je Ibu dengan Baba cuti. Tapi bagus jugak. selesai banyak perkara:)

Kebetulan dah Ibu cuti, Ibu pun bawa Adik Anas pergi klinik untuk cucuk setahun enam bulan. Kalau ikut jadual 24 julai ni. Mujur nurse tu bagi je walk in. Alhamdulillah. Masa nak cucuk tu macam biasa Ibu pangku Adik Anas macam nak menyusu, nurse pulak masukkan ubat dalam jarum. Anas boleh pandang je jarum tu. Masa Nurse nak cucuk dia keraskan kaki sekejap. Anas xnangis. Nurse pun cakap bagus Anas ni. Kuat semangat dia cakap dekat Adik Anas. Alhamdulillah kan dik. Anas Ibu ni memang kuat semangat.

Lapang dada bila semua urusan kita dapat selesaikan masa Ibu cuti ni. Alhamdulillah.

Moga Allah sentiasa merahmati dan memberkati kiat semua :) Ameen..

No comments:

Post a Comment