Wednesday 18 July 2012

Seminar Celik Momz

14 Julai 2012
Putrajaya 

Alhamdulillah, Ibu berjaya jua join Seminar Prof Dr Muhaya bersama Kak Nad dan Ibu-ibu berinspirasi yang lain. Ini kira pengalaman pertama Ibu berseminar. Memang sangat best. Rasa tersentuh jiwa dengan seminar ni. Dimulakan dengan alunan ayat al-quran yg sangat memberi ketenangan dan kedamaian pada jiwa yang tandus bimbingan dariNya.

Prof mulakan slot refleksi diri dengan menunjukkan video asal usul kejadian kita dalam alam rahim. Subhanallah. Indahnya ciptaan Yang Maha Esa sejak dari alam ruh hingga kita dilahirkan. Panjatkan kesyukuran kita padaNYA.

Prof ada juga bergilir-gilir dengan anaknya Dr Atiah dalam menyampaikan mutiara ilmu pada Ibu dan yang lain. Ibu xdapat nak tulis semua. InsyaAllah Ibu akan praktikkan tau..hehehe.

Prof memang menekankan konsep kebergantungan pada Allah untuk segala ujian. Maksudnya bila kita bergantung sepenuhnya padaNYA InsyaAllah yang lain pasti mudah. Ini semua terbukti bila Ibu dengar respons dari Ibu-ibu yang sangat berinspirasi yang datang seminar hari tu. Macam Prof cakap, Ingat anak kita adalah ladang pahala untuk kita masuk ke syurga. Sama macam kita jaga anak yang istimewa ingat setiap waktu dan saat kita jaga, angkat, bagi makan dekat dia, setiap satu perbuatan ada ganjaran pahala. Allah..Allah..Jangan sesekali mengeluh, malah kita kena kuat semangat bahawa setiap satu amal yang kita buat untuk besarkan anak, ada pahala. Bila Ibu dengar kan, airmata memang berderai dah. Ibu memang sebak sangat bila cakap pasal anak ni. Fikiran Ibu memang tertumpu la Anas je..Bukan Ibu xingat Abang Muadz, cuma Ibu sayu tengok Anas kan. InsyaAllah, Adik Anas jangan risau tau, Ibu memang sangat berinspirasi sekarang ni untuk jaga Adik Anas dengan Abang Muadz selagi hayat Ibu dikandung badan.

Andai kita dapat tengok 'nilai pahala' tu, mesti Ibu sangat nak berlumba-lumba merebut pahala tu kan. Pesanan lain Prof cakap 'jangan marah anak' (1-7 tahun) kita sebab mereka adalah ahli syurga. Sanggup ke kita marah, tengking, herdik Ahli syurga?  Memang sangat berbekas di hati..Ya Allah.... Berilah kekuatan pada kami Ibu-ibu di luar ini untuk menjalankan tanggungjawab sebagai Ibu dengan lebih bertanggungjawab.


Ibu sangat2 berharap agar Ibu menjadi Ibu yang Celik.
C- Creative   
E- Efficient
L- Loving
I-  Innovative
K- Knowlegable

Kata-kata yang seharusnya menjadi ayat motivasi pada kita bila dilanda ujian@ masalah.

Ilahi Kau yang kutuju..
RedhaMu yang kucari..
Kurniakan ku sifat pemurah dan penyayangMU..
Ya Allah, berilah ku mengenalMU..


Sehari bersama Kak Nad:)

No comments:

Post a Comment