Thursday 19 July 2012

19 Julai 2012

Ibu rasa penat sangat hari ini. Dari pagi pukul 9 hingga 4.15 petang hadiri perbincangan beramai-ramai. Aduhai, sakit kepala bila kita kena banyak pandang skrin PC, fikir then imagine pastu komen apa yang perlu diperbaiki.. Huh...memang sangat penat lagi-lagi dengan menghidu bau-bauan yang memeningkan. Boleh nak pakai perfume tapi agak-agak la kan. Jangan la dekat sebotol disembur. Huhu.. Kita ni kena jaga sensitiviti orang sekeliling kita sama kan..Alangkah indahnya bila kita dapat peka dengan keadaan sekeliling kita. Pesanan untuk diriku jua.:)

Alhamdulillah Ibu selamat sampai bilik..Terus xbersemangat nak buat kerja dengan sia masa yang terakhir ni kan. Apa lagi berblog la seketika..ehehehe

Ramadhan bakal tiba dengan penuh rahmat dariNYA. Cuaca sekarang pun seakan mengiringi bulan yang penuh keberkatan ini. Terasa suasana yang sangat damai je dengan hujan rahmat yang turun di mana jua. Banyak yang Ibu nak buat dalam bulan ni. 

Ini checklist untuk diri Ibu untuk perbaiki diri menjadi hambaNYA yang lebih beriman dan bertaqwa;
1. Solat di awal waktu.
2. Puasa penuh (jika diizinkanNYA)
3. Tunaikan solat tarawih sepanjang bulan ramadhan.
4. Khatam al-quran ( Ini perkara yang jarang dapat dilakukan). InsyaAllah.
5. Memperbanyakkan amalan sunat...
6. Masak selalu ( ini yang selalu tewas, ni yang kena perbaiki)

Ya Allah, sampaikan ku ke Ramadhan kali ini. Mudahkan ku menghayati dan beramal dengan bulanMU ini yang penuh rahmat dan keberkatan.. Ameen...


SELAMAT MENYAMBUT RAMADHAN KAREEMMM KEPADA TEMAN-TEMAN...

MOGA ALLAH MENERIMA AMAL IBADAT KITA. AMEENNN

No comments:

Post a Comment