Tuesday 10 July 2012

6 Julai 2012

Hari ini Ibu cuti sebab rutin Anas untuk fisio dan OT.Alhamdulillah Ibu dapat parking sebab dah serik sebelum ini appointment kul 9 parking full so kena saman. (puncanya salah parking). Saman hari tu pun Ibu dah berjaya bayor terbang rm150. Huhu. Pengajaran untuk Ibu kan dik.

Sambil Anas tunggu Cikgu OT yang baru sampai, Ibu pun masukkan Anas dalam kolam bola. Anas semakin suka. Walaupun masa mula-mula diperkenalkan oleh Cikgu Laili dengan kolam bola tu suara Anas yang kuat menangis sampai dekat kaunter pun dengar. Sekarang ni bila Ibu tengok Anas suka, Ibu pun gembira sama.:)


Bestla Ibu Anas masuk dalam ni:)


Ini gambar yang Abang Muadz edit dik. Pandai anak Ibu kan.

Hari ini Anas belajar untuk duduk sambil tangan main mainan. Kepala adik Anas masih xkuat sangat tapi alhamdulillah semakin meningkat dari dulu lagi susah nak angkat kan. Tangan Anas pun dah semakin terbuka dan cepat sangat nak capai barang. Sekarang Anas belajar nak ambil barang dengan betul. Ibu bersyukur sangat peningkatan Anas ni. Next visit Anas 10 Ogos 2012. Nanti cikgu cakap nak buat 'splint hand' sebab kadang-kadang tangan Anas suka genggam. Ibu pun xtau apa la splint hand tuh. Cikgu Anas cakap splint tu untuk bagi tangan Anas sentiasa terbuka dan kurang tutup. Nanti bila Anas pakai tu Ibu ambil gambar tau. InsyaAllah lepas ni Anas akan makin sihat kan dik.

Bila Ibu google 'splint hand' selalu dikaitkan dengan 'cerebral palsy'. CP ini selalu dikaitkan juga dengan 'lemas' semasa dilahirkan. Sebenarnya Ibu takut sangat dengan perkataan CP ni dik. Ibu berdoa sangat agar Anas tidak termasuk dalam keadaan CP ni. So far yang Ibu pergi jumpa paeds, fisio diorang xpernah pun CP ini dekat Anas.Ya Allah lindungilah anakku Muhammad Anas Amini. 

Lepas Anas buat OT, cikgu suruh Anas tunggu sebab nak bagi Abang Habib ni ada kawan. Kalau tak mesti dia menangis kuat. So, Ibu pun tunggu la dulu sebab dah Ibu pun cuti dan fisio kul 10 pulak. Anas masuk lagi dalam kolam bola tu, Abang Habib ini punyalah excited suka tengok Anas main dalam tu. Ibu tengok Abang Habib ni memang tersentak hati, dengan keadaan dia nak bangun pun xboleh lagi. Mak Habib cakap tangan kanan dia dah semakin aktif. Dia tanya Anas ni CP ke? tak nampak macam CP je? Mula-mula dengar agak terkejut gak soalan tu sebab xpernah orang tanya Ibu macam tu sebelum ini. Lepas itu, Ibu pun bersembang dengan Mak Abang Habib ni dik. Mak Habib ini bercerita dia pernah dapat offer kerja government then mulalah episod mencari pengasuh untuk Habib dan bersedia bayar lebih. Tapi yang sedih dia xjumpa pun pengasuh and end up jadi suri rumah. Ya Allah, sedih ye Ibu dengar. Allah tahu yang terbaik untk hambaNYA. Jauh disudut hati Ibu berdoa agar Allah beri kekuatan dan sembuhkan dan sihatkan Habib. Ameen.

Habis OT Anas pun pergi fisio. Rutin yang xjauh beza dengan OT. Kadang-kadang Ibu pun confuse gak fisio dengan OT ni. Ibu lebih prefer Anas pergi OT sebab tumpuan untuk Anas seorang. Semua orang dah balik tinggal Anas yang terakhir datang. Maaf ye dik sebab Ibu sekalikan rutin Ot dengan fisio Anas jadi lambat sikit dan semua kawan dah balik. 

Kadang-kadang Ibu suka bandingkan perkembangan Anas dengan kawan-kawan seusianya. Bukan niat Ibu untuk membezakan Anas cuba Ibu nak tahu dengan usia Anas 1 tahun 6 bulan apa yang sepatutnya Anas dah boleh buat. Memang kadang-kadang tu rasa sedih, sayu bila Ibu tengok sepupu Anas (yang lebih muda daripada Anas), Zaim dengan Fathi dah boleh duduk dan melangkah setapak, hati kecil Ibu memang sangat-sangat tersentuh.Ibu tahu Anas memang sangat bersungguh-sungguh masa Ibu ajar duduk, berjalan sampai Ibu boleh dengar suara Anas tu yang bersungguh-sungguh tu. Ibu tahu anak Ibu memang kuat semangat kan. Anas jgan putus asa tau.

Ya Allah, berikanlah kekuatan pada anakku Muhammad Anas Amini untuk duduk berjalan dan membesar seperti kawan yang seusia dengannya. Ameenn:)

2 comments:

  1. comel je anas dalam bola2 tu.steady jek dia eh?

    ReplyDelete
    Replies
    1. Anas dah makin suka sangat dengan bola-bola tu. Sekarang ni dah xdengar dah dia menangis dah bila masuk dalam tu:)

      Delete