Wednesday 18 December 2013

Masih di sini

Alhamdulillah..Allah masih pinjamkan nyawa Ibu sehingga saat ini. Alhamdulillah..

Rindu untuk menulis macam-macam cerita sepanjang Ibu cuti bersalin. Nantilah ada kesempatan masa Ibu tulis panjang-panjang yer. huhu.. rindu menulis rindu meluahkan rasa hati Ibu pada blog ini..Ibu baru masuk kerja isnin setelah 3 bulan bercuti. sebenarnya seronok cuti jaga anak-anak, jadi ibu sepenuh masa. Bila masuk kerja banyak benda kena buat. semalam Ibu balik kul 8.30 mlm sampai rumah.huhuhu..penattt..Alhamdulillah Muadz, Anas dan Asma' dijaga oleh Acik Su. Kebetulan opah, atuk, achik datang rumah semalam. lega Ibu sebab Baba outstation ke Melaka..
 
Ibu menulis sambil mengepam susu. Alhamdulillah susu masih ada..,moga Allah permudahkan Ibu menyusukan Asma' sampai 2 tahun. Amin..
 
ok..nanti Ibu tulis lagi yer. Ibu nak siap balik jumpa buah hati Ibu..

No comments:

Post a Comment