Thursday 8 November 2012

Bahagian 2

 
Sebelum naik wad, ada staff nurse suruh ambik darah. Jadi, Ibu tinggalkan Baba, Atok dengan Opah dekat luar. Sampai bilik untuk ambik darah Adik Anas, nurse ambik Adik Anas dan xbagi Ibu masuk untuk tengok Adik ambik darah. Macam biasa, bila Adik Anas xnampak Ibu@ bukan Ibu yang dukung, maka menangis la Adik Anas. Memang sekuat2nya, hati Ibu yang dekat luar menunggu ni memang xkeruan dah. Nak buat macam mana prosedur hospital. xlama lepas tuh, Adik Anas dengan tersedu-sedu keluar then Ibu dukung, Adik Anas pun di. Alhamdulillah. Lepas tu, staff nurse suruh naik wad, Ibu pun keluar cakap naik Wad C. Ibu keluar  ikut pintu lain dengan Adik Anas, kebetulan lif lambat sebab ada VVIP guna lif tu.
 
 
Bila sampai Wad 2C, Ibu teringat tarikh 25 Disember 2010 yang lalu..huhu..Tempat Adik Anas mula-mula sekali dekat pintu macam bilik lepas Ibu bersalin Adik Anas sebelum ni. Cuma Wad berbeza.Xlama lepas tuh, Baba, Atok dengan Opah pun naik.Oklah, Ibu mandikan Adik Anas, bila dah segar baru ok.Bagi makan cikit, sebab Adik Anas macam xselera sangat, tapi menyusu kuat. Masa tuh, dalam kul 11 lebih..Sian Ibu tengok Atok dengan Opan tunggu lama, Ibu pun suruh Atok dengan Opah balik rehat.Ada apa-apa nanti Ibu beritahu. Alhamdulillah, Mak Abah duduk dekat dengan Ibu.
Dalam kul 2 ke 3 petang, sekumpulan Paeds datang. So, Ibu pun cerita la all over again. xpela, prosedur biasa diorang agaknya tengok keadaan Adik Anas macam mana, apa dah boleh buat. Adik memang menangis bila orang luar pegang dia. Lagi2 Adik tahu Dr nak check dia. Dr tengok, Adik boleh meniarap ke tak@ duduk ke belum@ mcm lagi. Result darah tadi dah keluar alhamdulillah semua normal. Dr suruh ambik test darah kalsium. Bab ni memang Ibu ingat pasal test kalsium ni sebab masa Adik Anas dekat NICU dulu mula-mula Dr ambik bacaan beribu-ribu maksudnya banyak digit. Bila dekat2 nak discharge ambik lagi result jadi 2 digit sahaja. Alhamdulillah, bila dah kurang digit maksudnye bertambah ok dan bagus dan yang penting xperlu repeat test darah lagi. So, kali ni Dr suruh ambik lagi test tu. Ibu ikutkan lah.

Dr check Anas lagi cakap ekzema teruk la. Ibu pun explain treatment dekat hospital kerajaan yang bagi aques cream, hidrocot je.Then, Ibu cakap lagi ubat tu xserasi dengan Anas. Lepas tu, Ibu cakap pergi private clinic la dapat ubat elomet, guna mandian QV la.macam2 la then baru Dr admit yang govt hospital punya ubat biasa jer. Memang xboleh nak cakap elok sebab ubat tu murah.Sebenarnya, Ibu geram gak, macam2 Dr yang dtg macam2 cadangan diorang bagi ekzema Adik Anas, so bila Ibu explain baru diorg nampak kita ni bukan main lekeh jer.huhu..Ada sorang Dr ini Chinese cakap ok la tuh, you continue ubat tu then malam pakaikan stoking masa tidor.Memang Ibu buat macam tuh, alhamdulillah bertambah baik.

Dipendekkan cerita, Dr cakap Adik Anas ni kena fit. atau dalam bahasa melayunye sawan. Sebenarnya, memang Ibu sangat takut dan nak avoid cakap pasal ni. Tapi Ibu sedar Ibu memang kena terima kenyataannya. InsyaAllah, kekuatan tu semua dariNYA.

Dr cakap dengan history Adik Anas masa lahir mengikut bacaan Dr iaitu HIE Stage II memang ada posibiliti kena fit tu. Normally, simpton biasa jadi masa baby demam panas yang kuat, mata naik atas, tangan kejang, mulut berbuih. dan semua keadaan tu xde dengan Adik Anas. Jadi, Dr relatekan dengan history Adik Anas tu dengan global delay development yang Dr cakap, so, memang ada posibiliti Adik Anas kena serangan tuh. Dr explain, sometime ada keadaan tetiba otak stop so called berfungsi. Memang xlama, macam situasi Adik Anas ni, yang tetiba je jadi dalam seminit tu kan..

Then, Dr cakap untuk kepastian kena buat ujian EEG dengan MRI, CT Scan.. Memang sebelum ini Ibu dengan Baba sepakat xnak buat MRI dengan CT Scan tu sebab Dr Sham terapi Adik Anas cakap damage has been done, so nothing you can do it except with stimulate and fisiotherapy. Memang Ibu faham, so masa appointment dengan Paeds sebelum ni, ktrg dah cakap cancel nak buat test tu dekat Serdang. Tapi bila jadi macam ni, membuatkan kt berfikir kembali.

Dr cadangkan Adik Anas buat semua test tu. So, yang terdekat Dr akan hantar untuk book appointment ujian EEG dengan HKL. Ibu dengan Baba pun terima la. Memandangkan ini first episod jadi selepas 26 Dis 2010, Dr xcadangkan untuk sebarang ubat pada Adik Anas. Dan Ibu sangat2 bersyukur. Sepanjang pemantauan 24 jam di Hospital, Alhamdulillah Adik Anas sihat. So, ini menguatkan lagi untuk Dr xperlu bagi ubat. Dr pun explain kesan ubat tu. Kena ikut sukatan dan sebagainya. Xpela, buat masa ni, Ibu xnak fikirkan lagi sebab tiada keperluan. Doa Ibu agar Adik Anas xperlu ambik ubat tu dan Adik dapat membesar dengan sihatnya. Ameen

Bila petang, Mama Wan, Sue Ain  datang nak melawat Adik Anas. Tetiba Mama Wan cakap Abang Muadz xboleh naik sebab pengawal dekat bawah xbagi budak bawah 12 tahun naik hospital. Sedih pulak Ibu dengar. jadi, Ibu tinggalkan Adik Anas dengan Sue Ain, Ibu cari Abang Muadz dekat bawah. Aduhai...tengok muka Abang Muadz memang sadis sangat. Ibu pun ajak Abang Muadz pergi kedai beli makanan untuk bagi dia leka.
 
Tetiba Abang cakap : Ibu, Muadz pon nak tengok Adik jugak.
Ibu                            : Muadz xboleh boleh naik sebab Muadz kecik lagi
Muadz                      : Muadz dah besar la Ibu, dengan muka yang sayu sangat.
 
Lepas itu, Ibu pun ajak Abang Muadz pergi surau nak solat asar. Lepas solat, memang Ibu terus menangis, sedih fikir macam-macam. Ibu xperasan sampai kena muka Muadz. Baru la Ibu faham perasaan bila adik beradik kan. Abang Muadz tahu Adik Anas xsihat, tapi dia nak sangat tengok adik sebab prosedur hospital xbagi, abang sedih xdapat tengok adik. Perasaan kasih sayang adik beradik ni semua kurniaan dariNYA. Alhamdulillah, Ibu senang hati bila tengok Abang Muadz sayangkan Adik Anas walaupun masing-masing masih kecil.
 
Bila hati dah tenang, Ibu ajak Abang Muadz makan sebelum Mama Wan turun balik. Memang sayu hati Ibu bila nak tinggalkan Abang Muadz untuk naik tengok Adik Anas pulak.
 
Dalam malam tu, test darah tuk kalsium tu, dah keluar result alhamdulillah bacaan 2 digit. So, semua test yang Dr buat dan dignose normal. Alhamdulilllah.
 
Malam tu lagi, Ibu dapat kunjungan Dr lagi. Diorang pun cakap perkara yang sama. Ibu lega bila Dr cakap maybe esok boleh discharge. Adik Anas dicharge 2hb Oktober 2012. Dr rekodkan "febrile seizure" yang Ibu sampai sekarang tengah buat bacaan..
 
Kejadian tu sebenarnye buat Ibu risau je. Lagi2 bila Adik Anas tidor, mesti Ibu rasa jantung Adik Anas berdegup ke, ada bernafas lagi ker kan. setiap hari macam tu. Cuma sekarang ni dah beransur kurang dan Ibu serahkan dan tawakkal padaNYA.
 
Ibu sentiasa doakan Adik Anas sentiasa sihat dan dilindungiNYA..Ameenn

Tarikh 3 Nov 2012 hari tuh, Mama Wan sms Ibu cakap dapat surat dari HKL. Alhamdulillah tarikh ujian EEG Adik Anas pada 22 Nov 2012. Ibu xboleh ambik cuti masa tu lagi, jadi Ibu kena fikirkan plan lain.huhu..

Hari Isnin, 5 Nov baru ni Ibu call HKL cakap macam mana prosedur, pukul berapa kena datang..
 
Prosedur EEG:
  • pesakit kena tidor semasa prosedur itu dilakukan
  • xboleh pakai minyak atas kepala@rambut
  • kena bagi pesakit tidor lewat dan bangun awal 5 pagi.
  • then kena pastikan dalam perjalanan ke hospital pesakit xtidor.. (aduhai...ni yang agak mencabar..) sebab hospital xbg ubat tidor sebab nanti bacaan tu mungkin berbeza dr keadaan normal. So, selagi xtidor xboleh ambik ujian tu..(Ibu doa semoga Adik boleh tidor semasa ujian tu dan xperlu kena ambik ubat tidor) Ameen
Sebenarnya, hati kecil Ibu seakan-akan berdebar untuk tarikh tuh. Moga Allah beri kekuatan pada Adik Anas, Baba dengan Ibu untuk tempoh hari tu dengan tenang. Moga ujian tu berjalan dengan lancar..Moga Allah permudahkan semuanya..Ameenn..

2 comments:

  1. yatt- fawwaz dulu pun melalui benda yg sama, berbanding kekerapan anas, fawwaz lg kerap terjadi fit dia.... jgn risau pasal procedure eeg and mri semua, insyaallah xde pape

    utk eeg, dr memang akan suruh bdk tido sbb nak psg wayar2 mcm2 warna dan banyak kat kepala bdk.... kalu x tido, laghu mana nak psg....

    mcm fawwaz dulu, eeg kat selayang, , so pagi2 akak mmg bangunkn dia awal, siap2 semua, sampai spital, around 10am, waktu tido pagi dia, susukan dia sampai tertido, dah tido, terus masuk bilik eeg, dan kena pastikan dia tido terlentang, kepala tegak ngadap atas, sebab wayar kiri kanan, atas bawah kepala....

    so spnjng 1/2 jam ke satu jam prosedur tu, mmg kena doa byk2 dia lena...... jgn bgn/terjaga/pusing kepala semua...kita boleh temankan dia... agak2 dia gerak, tepuk pelahan2...

    abih amik rekod bacaan semua, boleh tanya kat tukang psg wayar2 tu, ok ke graf anak kita... dorang ni dah biasa tgk so bleh tau graf normal atau tak... sbb kalu nak tunggu confirmation dr, selalunya lambt jugak.....

    so, jgn risau sgt, insyaallah xde pape....anas ok!! :)

    positiffff yoooo!!!



    ReplyDelete
  2. tq kak..tulah kan perasaan Ibu ini sentiasa macam nih. InsyaAllah..tq banyak2 kak..

    memang kena selalu positif.

    doakan semua ok ye kak..thank a lot:)

    ReplyDelete