Monday 5 November 2012

1 Oktober 2012
Isnin

Tarikh 1hb tu memang Ibu xboleh nak lupa. Malah selalu sangat Ibu teringat apa jadi pagi 1hb tuh. Lama Ibu cari kekuatan untuk menulis cerita ni.:)
 
Hari tuh, Isnin.Macam biasalah permulaan hari bekerja bagi semua orang yang rutin 5 hari bekerja. Macam biasa jugak la Ibu berkemas2 barang pampers Anas, susu Abang Muadz untuk masuk dalam kereta nak bawa rumah Mama Wan. Perjalanan dari rumah ke tempat kerja xdelah jauh sangat. Dalam lebih kurang 20-25 minit waktu kemuncak pukul 7 untuk pergi ke tempat kerja. Pada masa tu, Abang Muadz dan Adik Anas memang dah jaga dalam kereta. Abang Muadz suruh Baba pasang CD Iwan..Nasyid yang dua beradik ni suka adalah selawat track 3. Biasa jer Abang dengan Adik memang bernasyid, bersuara bagai dengan versi masing-masing. Adik Anas dengan caraye tersendiri yang Ibu faham Adik tu nak bernasyid jugak kan. Lama-lama baru Ibu perasan yang Adik Anas xseaktif dan serancak macam sebelum ni. Tapi still bersuara tapi xdelah melompat2 sangat mcm sebelum ni. So, Ibu rasa biasalah tu. Adik nak menyusu la tuh.Ibu pun menyusukan Adik Anas sambil dengar selawat tu sampai rumah Mama Wan.
 
Dalam pukul 7.15, kita sampai rumah Mama Wan. Masa tu, Ibu dukung Adik Anas.Sambil dukung Ibu masuk kereta Baba ambik pampers. Masa tuh, Mama Wan baru je sampai rumah.Masa Ibu dukung Adik Anas tu, Adik macam gatal dan bunyi berlaga gigi. Memang biasa macam ni, Adik Anas ada ekzema jadi kadang2 masa gatal tu, memang selalu berlaga gigi. Ibu xfikir apa pun. Lepas itu, Ibu layan Abang Muadz pulak sebab Abang nak roti canai dengan Adik masih Ibu dukung. Sambil Ibu nak pergi dapur ambik pinggan Abang Muadz, tetiba Adik pucat dan senyap jer. Memang Ibu panik betul la.
 
Ibu terus bawa Adik Anas baring atas kerusi, panggil Baba (yang tengah breakfast masa tuh), Mama Wan.Memang pucat muka Adik Anas tanpa bergerak.Bila Ibu letakkan Adik, mata memang dah pejam, gigi berbunyi lagi..Ibu pun masukkan tangan dalam mulut Adik Anas.Memang terasa kena gigit.lepas tuh, Mama Wan ambik Adik Anas, pegang suruh Baba ambik sudu, Ibu basuhkan tangan untuk basahkan muka Adik.Sambil menangis memang Ibu sangat terkejut.Kurang seminit jadi macam tu,lepas dah cuba macam2 tepuk muka Adik Anas, panaskan kaki tangan dia,Alhamdulillah Adik Anas sedar dalam keadaan mamai dan penat sangat. Masa kejadian tu jadi dalam kul 720 lebih kurang la.Abang Muadz pun panik bila Ibu menangis.Ya Allah, terima kasih Ya Allah.
 
Ibu dengan Baba bergegas naik kereta tuk bawa Adik Anas pergi hospital.Masa tuh, Adik Anas memang dah sedar dah.Dalam kereta tuh, Ibu tawakkal bagi Adik hisap susu walaupun Baba cakap nanti kalau kena gigit sakit. Ibu memang nekad xpe, insya Allah xde pe.Jadi, Ibu pun menyusukan Anas walaupun masa tuh Adik memang sangat penat.Macam2 dalam fikiran kita. Masa tu memang atas jalan  banyak sangat kereta.dengan traffic light yang banyak kan. Sampai dekat kecemasan alhamdulillah Adik Anas dah macam biasa.
 
Biasalah govt hospital, kecemasan pun tunggu lama.Bila dah daftar staffnurse check oksigen Adik Anas la, tanya macam mana jadi etc..Anas yang pakai baju tidor, dengan xmandi lagi dah sampai hospital..Memang agak lama jugak, sampai Abang Muadz datang dengan Mama Wan dengan Tok Wan.Masa tu, baru Ibu sempat call Atok dengan Opah.Hanya Allah je tahu. Masa tu juga Ibu call senior opis PJ explain semua sambil menangis. And end up, PJ hantar emel dekat semua cakap Ibu dekat kecemasan anak xsihat.Xpelah, tu yang malas nak pikir.
 
Lepas dah tunggu agak lama tuh, sampai giliran adik Anas.So, kita pun cerita balik, Cakapla masukkan sudu dalam mulut sebab orang cakap xnak bg tergigit lidah kan. So, Doktor pun explain, kalau jadi macam tuh lagi, jgn masukkan sudu atau barang dalam mulut. Kalau perlu pun just masukkan kain jer..xpela, kita memang xde pengalaman.So, Dr explain dari segi bacaan oksigen tu ok, xde masalah, tapi Dr dah refer dengan Paeds diorg suruh ambik darah dan kena observe 24 jam. Tu maksudnye, kena masuk wad la. Xlama lepas tuh, Adik Anas ambik darah dan result akan keluar kul 11 ke 12 atau lambat lagi. Jadi, mmg confirm kena duduk wad.
 
Bila dah keluar jumpa Dr tu, Ibu pun explain dekat Mama Wan. Cakap dengan Mama xpela, balik la dulu nanti Baba kena ambik baju Adik dengan baju Ibu.Abang Muadz pun sayang Adik Anas..Ibu kesian dekat Mama Wan kena tunggu lama, nanti keja jaga Abang Muadz pulak.
 
Bila Mama Wan dah balik, xlama lepas tu, Atok dengan Opah pun sampai..Alhamdulillah, mak ayah duduk dekat dan sangat membantu.Memang Ibu sebak terus bila nampak Atok dengan Opah..Tetiba staff nurse suruh naik wad..
 
bersambung....
 

No comments:

Post a Comment